BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 31, 2010

Hakikatnya Kerajaan BN Jadi Bos Kepada Penyokong PAS

Sebagai rakyat Kedah, sahyugia ingin dinyatakan di sini bahawa CCZ malu ber Menteri Besar kan Ustaz Azizan. Bukan kerana Ustaz Azizan dari parti gebang kosong dan CCZ parti kena berubah tetapi kerana Ustaz Azizan membawa satu motto tersendiri dalam memerintah Kedah.

Motto 'Tak Tahu Apa-apa' ini cukup mengambarkan betapa teruknya pemimpin yang dipilih oleh sekalian pemimpin-pemimpin kecil parti ini.

Masakan Azizan tak tahu bila Mahfuz pelawak sarkas letak jawatan? Jawapan yang bisa menjadikan suratkhabar sebagai pencuci mulut dek geram terlampau kepada penyokong-penyokong Mahfuz.

Patutlah Kedah ini macam tak ada Menteri Besar. Sepi, sunyi, 'slow' dan gambaran lain yang sama waktu dengan 'hidup segan mati tak mahu'.

Kalau CCZlah jadi Azizan, sebaik saja pegang jawatan Menteri Besar Kedah selepas PRU12 hari tu, terus CCZ tubuh sekolah, hospital dan pejabat-pejabat pentadbiran yang diisi oleh kakitangan-kakitangan yang menyokong PAS dan ahli PAS. Ramai sebenarnya yang sanggup letak jawatan dengan Kerajaan BN dan berkhidmat dengan Azizan. 

Cuba kalau hari ini, Azizan buat macam tu, tentu Azizan tak akan gunakan lagi motto di atas sebab Azizan punyai banyak tentera yang berani tampilkan diri. 

Itu 'Kalau'. Tapi kenyataannya hari ini, Azizan memang tak layak jadi Menteri Besar. Yang sesuai ialah jadi Penasihat saja. Letak jawatan dan berilah pada Mahfuz. Sekurang-kurangnya Kedah akan gemilang dan ceria sikit sebab Mahfuz jenis suka bertempik sorak. Sebab dalam Dewan Rakyat pun dengar suara Mahfuz saja. Mesti 'havoc' Kedah di bawah Mahfuz..

Bacaan Untuk Yang Berusia 25 Tahun Ke Bawah. Yang Lain Di LARANG Baca

Bercinta itu adalah sesuatu yang indah. Mana tidak indahnya, setiap saat mengingati wajah kekasih, tentu saja kesegaran hati membawa kepada kegirangan di wajah seterusnya membawa keriangan dalam bertindak.

Namun, cinta juga selalunya membuatkan ramai belia-belia kini turut karam dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian.

Jika inginkan penumpuan, maka tidak bagi yang sedang bercinta. Jika inginkan mereka faham tentang perjuangan maka bukan bagi yang sedang bercinta. Jika inginkan ilmu di dada bertambah maka sesetengah cinta membuka minda tetapi lebih banyak yang riang mindanya menyebabkan tiada yang lebih bernilai lebih dari cinta.

Cinta juga terbukti menjadi satu faktor mudah betapa ramainya belia-belia sudah hilang maruah. Cinta juga adalah penyebab mengapa adab itu nombor dua selepas perasaan.

Jika disebut tentang cinta maka seluas lautan dakwat, seluas hamparan langit masih tidak cukup untuk dikarang tentang cinta dan keindahannya.

Mengapa tetiba CCZ bercakap soal cinta? Bercintakah blogger ini seorang?

Ya..CCZ bercinta dengan masalah sosial belia dan cukup masyhuk menyanyi-nyanyikan lagu cinta tersebut. Di hadapan CCZ berpuluh-puluh pasang belia Melayu waima terpelajar mahupun terkebelakang menganggap kehidupan di masa hadapan sudah cukup dengan cinta.

Hasilnya, pelbagai ilmu yang berguna untuk dijadikan dulang menampi emas dipelajari secara lewa. Cinta dikejar dan akhirnya keputusan kefahaman ilmu mereka sekadar cukup makan malah gagal. Hati mereka tetap berbunga kerana cinta.

Untung badan, mungkin cinta itu memang indah dan  cahaya kehidupan bagi yang bernasib baik. Malangnya ramai yang rugi badan selepas cinta menjadi alasan utama adab susila dan hukum agama terlucut bersama lucutnya pakaian.  

Dan pada masa mereka sedar cinta itu sebenarnya perlu dijaga, disemai bersama ilmu dan usaha untuk kehidupan yang serba komplek dan berubah tiap saat, mereka sudah tiada apa-apa. Masa hadapan, belum tentu tanah yang dipijak milik belia Melayu ketika mereka sedar bahawa mereka sudah terlambat untuk mempertahankan walaupun setangkai pohon yang ditanam diakarnya adalah tanah moyang mereka. 

Sekali sekala apa salahnya CCZ menyanyikan keindahan cinta tanpa suara...Hanya bicara tinta tentang Cinta...Hmmmmm...

Thursday, December 30, 2010

Kerajaan PAS Kedah Terima Ke Cuti Yang PM Beri? Kerja Tumpang Sekaki Jer..

Hmmm..CCZ ni angin satu badan kan bila sentuh bab politik? Hehehehe..Sekali sekala apa salahnya tekan minyak kasi kuat ngauman enjin. Nampaknya esok cuti umum lagi. Dalam gumbira tapi agak sukar jugaklah memandangkan hari Ahad hari bekerja di Kedah kini berinjak cuti ke Isnin. Isnin akan menjadi hari yang sibuk untuk para ibu bapa mendaftar anak-anak di sekolah. 

Rugi juga cuti banyak ni. Terkadang bila datang cuti hujung minggu saja pastinya hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk untuk para peniaga ke bank-bank bagi urusan kewangan. Hmmm...Malaysia masih belum bergelar negara maju. Patutnya cuti janganlah diberi terlalu banyak. Sekadar berkongsi pandangan. Kalau ada yang tak setuju, CCZ tak marah kalau pembaca marah-marah.. Sabar...Esok kan cuti juga...Hehehehe...

Kerajaan PAS Kedah Terima Ke Cuti Yang PM Beri? Kerja Tumpang Sekaki Jer..

Hmmm..CCZ ni angin satu badan kan bila sentuh bab politik? Hehehehe..Sekali sekala apa salahnya tekan minyak kasi kuat ngauman enjin. Nampaknya esok cuti umum lagi. Dalam gumbira tapi agak sukar jugaklah memandangkan hari Ahad hari bekerja di Kedah kini berinjak cuti ke Isnin. Isnin akan menjadi hari yang sibuk untuk para ibu bapa mendaftar anak-anak di sekolah. 

Rugi juga cuti banyak ni. Terkadang bila datang cuti hujung minggu saja pastinya hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk untuk para peniaga ke bank-bank bagi urusan kewangan. Hmmm...Malaysia masih belum bergelar negara maju. Patutnya cuti janganlah diberi terlalu banyak. Sekadar berkongsi pandangan. Kalau ada yang tak setuju, CCZ tak marah kalau pembaca marah-marah.. Sabar...Esok kan cuti juga...Hehehehe...

Kalaulah Azizan Itu Pak Cik Ku..

Mungkin ramai yang berpendapat CCZ seorang yang tak telus dan tidak baik. Mengutuk orang PAS walaupun dalam keluarga besar CCZ ada yang PAS dan ada yang UMNO. Gambar semalam berkenaan dua saudara yang berbeza politik mereka menunjukkan betapa CCZ cuba mengatakan bahawa hubungan keluarga kami erat walaupun berbeza sokongan politik.Sedang tunjuk baik tetiba CCZ pula mengatakan bahawa PAS 'lapaq ayaq!' 

Dalam satu sudut lain, kedangkalan penyokong dan ahli PAS amat menjengkelkan walaupun di kalangan mereka adalah adik beradik dan sanak saudara. Mengapa CCZ berkata demikian? Banyak sebabnya. Ramai rakan-rakan UMNO CCZ sependapat dengan CCZ kerana mereka berdepan dengan soal yang sama. Antara yang sama ialah satu keluarga membenci BN, menyumpah-nyumpah BN tetapi dalam satu masa yang sama kesemua adik beradik, suami dan isteri bekerja dengan Kerajaan BN (pekerja sektor awam). Mereka tidak langsung tahu bersyukur kecuali menista BN. Adakah mereka pernah berterima kasih?

Untuk skop yang lebih luas, tiada ada sebarang perbezaan antara UMNO dan PAS. Walaupun UMNO tak pakai tudung tetapi mulut mereka lebih terjaga dan terpelihara. Begitu juga PAS. Walaupun mereka nampak alim tetapi mulut mereka lebih laju dari mulut murai dan lebih suka mengketedaghah daging sesama manusia. Satu perumpamaan bahawa mereka lebih suka meneguur melalui kutukan. 

CCZ bukan jenis yang hipokrit. Kalau kita tak suka dengan sesuatu apa pun, jangan kita menerima dari apa-apa yang berkaitan yang dibenci. Itu lebih bermaruah. 

Mereka-mereka yang menyokong pembangkang tetapi dalam satu masa yang sama menerima hasil daripada Kerajaan yang dibenci ibarat musang berbulu ayam dan burung.

Jangankan kata CCZ akan berlembut dalam soal politik. Tidak! Kenyataan tetap kenyataan. Susahnya mereka bersyukur untuk segala apa yang ada pada hari ini dengan menidakkan keupayaan dan kejayaan melayu lain selain PAS adalah satu contoh jelas mengapa PAS tidak patut disokong. Apa yang mereka buat untuk Kedah pada hari ini?

TIADA APA-APA KECUALI TAK TAU BUAT APA!!!!


Senaman Kucing Bogel Simpan Kuku

Malu benar CCZ lihat betapa kemaruknya puak PAS menunjukkan  mereka terbuka bersenamrobik bersama-sama bukan Islam di perkarangan masjid. Apa salahnya kata mereka? Memang tak salah tetapi kita semua tahu ianya bukan atas satu alasan bahawa PAS sedang mengajak orang bukan kafir mendekati Islam tetapi atas dasar politik iaitu orang bukan Islam ingin tarik hati orang Islam untuk terima pemerintahan mereka. Itu saja.

Adakah Teoh Ni Ching beria-ia berminat dengan Islam? Di Pulau Pinang, cara dan peradaban Lim Guan Eng bila bersemuka dan berhadapan dengan ulama-ulama dan tokoh-tokoh ugama Islam dipuji melambung tinggi. begitu merendah diri, sanggup duduk bersila bersama-sama mereka dan sehingga benar-benar nampak tawadduk. Tetapi dalam masa dan adegan mengambil hati orang-orang Melayu, Melayu juga sedang diusir secara tersirat dan tersurat. Ini yang berlaku. Melayu sudah diketahui semua bahawa bangsa yang begitu pemurah maka untuk tarik hati Melayu, duduklah bersama-sama mereka. Pujilah, hormatlah maka Melayu akan terus sokong sehingga sanggup menolak bangsa sendiri.

Ini yang berlaku hari ini. Bagi CCZ ini bukan cara berdakwah. Ini adalah salah satu contoh PAS sedang diperkudakan. UMNO tak sebegitu melampau berbanding PAS yang nampak terang-terangan tunjuk baik tetapi hampas di dalam. Apa lagi yang dapat PAS katakan?

Nik Aziz sudah menjadi satu keramat hidup pada mereka. Sehingga ampunan dari Nik Aziz sudah cukup untuk cuci segala dosa baik minum arak mahupun maksiat. Hebat! 

PAS menggadai maruah Melayu secara terang-terangan. Kata orang tua-tua.."Berkelakuan macam orang lapaq ayaq!. Tak sedar diri kena jual.'

Nizar Dan Zambry Menonton Bola Bersama-sama!


Gambar ini diambil tanpa disedari oleh saudara-saudara CCZ semasa menonton perlawanan akhir kedua AFF yang berlangsung sebentar tadi. Untuk pengetahuan pembaca, mereka berdua ini adalah terdiri daripada PEMUDA UMNO dan PEMUDA PAS. Kedua-dua mereka kalau bercakap tentang politik, seperti hendak bergaduh tetapi apabila adanya perlawanan bola sepak liga luar negara mahupun dalam negara, kedua-duanya saling menyokong antara satu sama lain. 

CCZ agak tertarik melihat bagaimana sukan berupaya membuatkan keduanya lupa bahawa dalam politik mereka bermusuhan. Ada lagi gaya menarik kedua mereka seperti tidur menompang dagu dan duduk dengan gaya yang sama. Cumanya CCZ tak sempat nak rakam kerana adanya masalah teknikal pada handphone CCZ.

Menarik bukan? Ibaratnya seorang tu Dato Najib dan seorang tu Tok Guru Nik Aziz lah. Hehehehe..Tahniah Malaysia untuk kemenangan 4:2 ke atas Indonesia.

Wednesday, December 29, 2010

Tengok Bola Sudahlah.. Jangan Tengok Buah Da....

Ini ada satu mesej yang masuk ke dalam handphone comel milik CCZ yang berbunyi,

Tuan..esok 29 Dis (rabu) dato muhkriz smpai di a.port k.bts jam 9.30 pg..jemput tuan tonton bola AFF di rest nasmir jitra sama2..ajak kwn2 brsama..tq

Kemudian petang ini, pengirimnya mengajak CCZ menonton bola bersama-sama. Tapi free lah jugak kena marah. CCZ kata pada dia, kenapa selalunya program Dato Mukhriz hanya tertumpu di sebelah sana saja. Kalau tak Kubang Pasu, mesti di Jerlun. Boleh kata, semua program hanya di buat di tempat-tempat yang UMNO tak terjejas. 

Datanglah buat program di Sungai Petani ke, Merbok ke tak pun di Sik atau di Baling. Tempat-tempat inilah yang selalu kena turun. Dok pi turun kat tempat-tempat kuat saja. Bila masa nak menang tempat kelam!

Dahlah tu siap ajak tengok bola. CCZ ni kan ibu tunggal anak satu. Mana dan nak pi tengok bola malam-malam kat tempat yang jauh di sana. Kalau ajak hantar sekali dengan driver tak apalah juga. Apapun, CCZ ucap tahniahlah sebab dengan aturcara program seperti yang telah dibuat. Dekat dengan rakyat.

Tak apalah..CCZ malu jugak nak tengok perlawanan bola secara beramai-ramai sebabnya pastinya siaran langusng itu lebih kepada menayang coli aktres seksi Indinesia yang berjanji nak ganggu perhatian pemain Malaysia dengan keindahan tubuhnya. Silap haribulan, selang  5 minit mesti ada tayang ke arah akterss tersebut. 

Tak terlawan dek keseksian mereka. Lebih baik CCZ tonton di rumah saja. Jangan lupa tau. Datang beramai-ramai ke restoren tersebut. 

KLCC Tu PAS yang Buat Bukan UMNO!

Perhati betul-betul gambar di atas dan cuba teka apakah bukti PAS sedang memerintah Kedah dengan cara gebang dan angan-angan walaupun dah dapat satu negeri?

CCZ dan kawan-kawan berhenti di satu jalan ini di mana papan tanda ini terpampang. CCZ tanya, di Kedah ini adakah pangsapuri atau apartment-apartment yang bergemerlapan menandakan pembangunan yang maju seperti yang ada dicetak di atas? Masing-masing tak tahu kat mana. Kata mereka, pembohong PAS ni. Buat iklan pun nak bohong. Kalau ada tolong bagitau kat mana.

Porahhh!!!!Bersih hanya ada di sesetengah kawasan. Sampah masih berlonggok-longgok di kawasan-kawasan perumahan terutamanya di musim-musim cuti perayaan mahupun cuti Jumaat dan Sabtu.

Apalagi yang nak ditunjukkan mengambarkan PAS memerintah Kedah dengan begitu sejahtera! Tuding balik ler jari telunjuk Ustaz Azizan kepada muka sendiri. Tak pun pada muka-muka Exco-Exconya. Pembohong!!

Kata orang tua-tua, nak bohong pun, tinggallah sikit bohong tu kat orang lain. Apa punya gebang. Tukarlah Kedah Sejahtera kepada Kedah Kedai Kopi.

Tuesday, December 28, 2010

Hati Orang Politik Macam Hati Orang Pompuan..

Terjawab sudah teka teki siapakah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Timbalannya. Bagaimanakah perasaan pembaca sekalian? Duka lebih daripada gembira? CCZ menyokong Dato Mukhriz Mahathir tetapi dalam masa yang sama akur dengan keputusan Dato' Najib. 

Dalam mengambil keputusan dan menentukan siapakah yang paling layak dan sesuai tentu saja amat sukar bagi Dato Najib serta timbalannya. CCZ setuju biarlah kali ini senioriti menjadi sebab utama mengapa Dato Bashah dipilih. Sekurang-kurangnya Dato Mukhriz sebagai orang muda berada di tempat kedua. Itulah yang terbaik bagi Kedah walaupun ramai yang berpendapat perlantikan Dato Bashah dilihat agak lari dari kehendak rakyat. 

Melayu penuh dengan adab bukan? CCZ pernah menulis mengatakan bahawa lebih baik Dato Bashah dipilih kalau Mukhriz bukan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. CCZ tak dapat bayangkan bagaimana ramainya orang-orang termasuk CCZ sendiri akan keluar UMNO jika nama orang lain naik kalau bukan Dato Bashah dilantik sekiranya bukan Dato Mukhriz yang naik. Faham ke tidak ayat CCZ nih? Baca pelan-pelan ye..Mesti faham punya.

Yang lama akan terus membawa dan menerajui UMNO Kedah yang sebenarnya perlu berubah. Yang akan merubahnya ialah barisan kepimpinan muda yang telah diberi peluang sebagai Timbalannya. Biarkan ketidakpuasan hati itu berlalu dan tinggalkan kecewa tersebut. Yang muda marilah menyokong UMNO dan bergerak berusaha bersama-sama Dato Mukhriz yang akan bertindak sebagai penolong dan Timbalan kepada Dato Bashah.

CCZ yakin paduan antara Dato Bashah dan Dato Mukhriz bukanlah satu paduan basi atau tidak menjadi. Malah ianya satu paduan hormat menghormati antara yang tua dan muda. 

Pilihan apakah yang ada pada kita pada hari ini? Ingin menunjukkan protes untuk tidak lagi menyokong kepimpinan Dato Najib? Tidak! UMNO perlu menawan semula Kedah. Caranya ialah marilah kita perkemaskan gerak gempur UMNO bersama-sama Dato Bashah dan Dato Mukhriz. CCZ antara yang akan membantu melalui penulisan. InsyaAllah.

P/S: Kiranya tepat ramalan hamba, gandingan mantap ini akan berdepan dengan dua pihak. Satu luar dari UMNO iaitu pembangkang dan satu lagi dalam UMNO sendiri. Adakah anda bersedia? 

Monday, December 27, 2010

BERITA TERKINI - PENGERUSI UMNO NEGERI-NEGERI

1.PERLIS 
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM 



2. KEDAH 
PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR 



3. KELANTAN 
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED 
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN 



4. TERENGGANU 
PENGERUSI - YAB DATO' SERI AHMAD BIN SAID 
TIMB. PENGERUSI - YB YAHYA BIN KHATIB MOHAMAD 



5. PULAU PINANG 
PENGERUSI - YBHG DATO' HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN 
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR 



6. PERAK 
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. ZAMBRY B. ABD KADIR 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI HJ AHMAD HUSNI HANADZLAH 



7. PAHANG 
PENGERUSI - YAB DATO' SRI ADNAN BIN YAAKOB 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' HJ MOHD SHARKAR SHAMSUDIN 



8. SELANGOR 
PENGERUSI - YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI NOH B. OMAR 



9. W.PERSEKUTUAN 
PENGERUSI - YAB TAN SRI DATO' MUHYIDDIN MOHD YASSIN 
TIMB. PENGERUSI - YB. SEN. DATUK RAJA NONG CHIK DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN 



10. NEGERI SEMBILAN 
PENGERUSI - YAB DATO' SERI UTAMA MOHAMAD HASSAN 
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SHAZIMAN HAJI ABU MANSOR 



11. MELAKA 
PENGERUSI - YAB DATUK SERI MOHD ALI B. MOHD RUSTAM 
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK WIRA ABU SEMAN B. YUSOP 



12. JOHOR 
PENGERUSI - YAB DATO' HAJI ABDUL GHANI B. OTHMAN 
TIMB. PENGERUSI - YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF HAJI AHMAD 



13. SABAH 
PENGERUSI - YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA HJ AMAN 
TIMB. PENGERUSI - YBHG DATUK SP MOHD SALLEH TUN SAID





DIPETIK DARI BLOG PAPAGOMO..TQ BRO. CCZ COPY JAP MAI KE BLOG CCZ.

Dah Umum Dah Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah!!!

Tidur yang nyenyak di siang hari di musim cuti kerja dikejutkan dengan satu pesanan ringkas. 

PUKUL 3.00PTG D BASAH D LANTIK PENGI PEHGN KDH

Kalau di terjemah melalui perkataan normal berbunyi,

PUKUL 3.00 PTG, DATO BASHAH DI LANTIK PENGERUSI PERHUBUNGAN KEDAH.

Adakah benar? Sampai kul 3.45 ptg masih belum dapat apa-apa berita lagi. BANGUNLAH TIDUR! Mai kita dengar apa-apa berita dari Dato Najib.

Apa Punya Soalan Tiada Jawapan..Sekali Lagi..

Dalam banyak-banyak rakan yang selalu menelefon bertukar-tukar pandangan dan menyampaikan berita, ada seorang yang selalu membuatkan CCZ tidak tidur lena. Selalunya apa yang diutarakan amat terkesan. Dan banyak posting CCZ ditulis mengenai apa yang beliau sampaikan.

Hari ini, beliau sekali lagi membuatkan CCZ gundah. Pertanyaannya cukup mudah  dan seperti biasa, jawapannya juga sangat ringkas tetapi bahaya. 

Mengapakah Lee Kuan Yew bertemu Nik Aziz dan apakah yang dibincangkan dan dimenterai bersama?

Mengapakah Singapura begitu tergedik-gedik nak ambil tahu soal politik Malaysia?

Siapakah dua makhluk Melayu yang akan menjadi boneka sekiranya BN ditewaskan pada PRU13?

Apakah benar ada perjanjian antara negara luar dengan pemimpin-pemimpin PR sekiranya PR dapat menawan Malaysia pada PRU13?

Dan apakah peralatan yang sangat ditakuti pada PRU13 yang menjadi penentu sebenar kemenangan mana-mana parti?

Pertanyaan ini ada jawapannya. UMNO perlu kembali kuat. Melayu mesti bersatu. Sebabnya jawapan-jawapan kepada soalan di atas membayangkan Melayu bakal kehilangan tanahairnya jika tidak bersatu. Wallahu'alam.

Friday, December 24, 2010

Beri Betis Nak Peha, Beri Peha Nak Apa?

Alangkah mencabarnya minggu ini pada CCZ. Pelbagai cerita, cabaran dan dugaan yang memerlukan penumpuan CCZ sepenuhnya dalam menanganinya. Berkisar tentang belia, remaja lelaki dan remaja perempuan. Walaupun dikira selesai namun keletihan masih terasa. Berat minda, berat jiwa, berat rasa. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan semangat kepada CCZ dan kawan-kawan yang lain untuk terus tabah dan kuat untuk mendidik, memperbaiki nilai hidup serta memperkasakan belia bangsa sendiri.

Biarlah mendung dan kabut sentiasa ada dalam persekitaran CCZ namun dalam mendung itu yang pastinya tumbuh-tumbuhan tetap menerima cahaya seterusnya berbunga, berbuah dan berbudi kepada alam.

Dalam keletihan, CCZ sempat berniaga. Kali ini CCZ pergi ke Kampung Seronok, Bayan Baru Pulau Pinang. Amat meriah sekali dengan sikap ramah penduduk-penduduk di satu-satunya kawasan Melayu yang masih kekal di Pulau Pinang. 

Sesuatu yang nyata, rasa pilu dan sedih melanda jiwa. Sekiranya lagu WARISAN didendangkan tentu sahaja air mata CCZ mengalir.

Melayu di pulau, istilah kawasan yang terpisah dengan tanah besar yang boleh diseberangi dengan jambatan dan juga feri. Baru CCZ nampak perkampungan Melayu asal di kawasan ini. 

CCZ berpeluang berbual dengan seorang warga tua di kampung tersebut. CCZ katakan padanya bahawa begitu berbeza benar pembangunan di kawasan ini dengan kawasan bukan Melayu di Pulau Pinang. Kata beliau, Melayu memang hendak dihalau dari pulau ini. Pernah selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri, segerombolan orang telah datang untuk mengambil alih dewan-dewan yang terdapat dalam seluruh negeri. Termasuklah dewan budaya yang terdapat dalam Kampung Seronok. Namun usaha mereka gagal selepas mendapat tentangan hebat dari penduduk Melayu di situ.

Maaf. CCZ menulis berdasarkan perhatian CCZ. Penduduk Melayu di sebelah pulau di Pulau Pinang dilihat ditinggalkan dalam arus pembangunan. Jelas, Melayu terpinggir di bumi sendiri. Rata-rata di jalanraya, kereta-kereta besar, rumah-rumah agam yang dijadikan kedai yang beraneka corak, prestij dan mewah kepunyaan bangsa lain. Melayu pula dipandang pelik jika memijak di sekitar kawasan-kawasan bukan Melayu. 

Takkan dapat Melayu mendapat semula Pulau Pinang. Sejarah telah mengajar kita untuk menerima hakikat bahawa itulah yang akan berlaku. Lihat sahaja Singapura. Bolehkah kita kembali kepada masa dan ketikanya Melayu mutlak dalam negara yang asalnya Melayu?

Belia-belia, remaja-remaja baik lelaki dan perempuan perlu diajar dan disedarkan melalui penceritaan sejarah digandingkan dengan balasan Allah.

Sekiranya kita terus-terusan leka dan berasa selamat, terlindung dan tidak terancam, dan rasa itu dibalas dan digunakan kita untuk terus-terusan lalai, melakukan maksiat, hilang identiti dan terus-terusan melupakan Melayu dan jauh dari agama maka tunggulah ketika mana Melayu hilang kuasa. Itu akan berlaku dan telah berlaku. Adakah mereka sedar? 

Dalam keramahan dan kemesraan, di mata CCZ, jelas bahawa remaja Melayu semakin keliru dan bebas identitinya. Budaya Melayu sedang pupus. Jika tidak persiapkan diri dengan berhati-hati dan ilmu maka sudah tentu kita pastinya akan lupa apakah Melayu masih ada dalam diri kita. 

Tuesday, December 21, 2010

Rakam Gambar Bogel Sendiri -Hobi Baru Remaja Melayu

Izinkan CCZ membawa pembaca kepada satu masalah sosial yang kerap kali CCZ sentuh, setiap hari juga suratkhabar mendedahkan isu yang sama terutamanya METRO. Iaitu tentang masalah sosial.

Kita sering melihat bagaimana ganasnya orang-orang politik bersyarah di atas pentas. Kita juga sering melihat para guru-guru ugama berceramah menempelak Kerajaan Persekutuan. Tetapi kita jarang dengar bagaimana mereka duduk semeja membincangkan masalah sosial yang teramat bejat.

Masakan tidak. Di salah sebuah pusat pengajian di Malaysia, di mana terdapatnya 200 pelajar wanita yang bertukar setiap setahun, 50% daripadanya sudah biasa dengan seks tanpa nikah dan hampir 1:5 daripada mereka terlibat dengan hamil dan gugur kandungan di luar nikah. 

Bagaimanakah kita ingin tangani masalah ini? Pelajar wanita terbabit sebahagian besarnya pula datangnya daripada keluarga sederhana dan juga miskin tegar. 

Alangkah ruginya kita jika melihat isu ini sekadar mendiamkan diri tanpa ada sebarang tindakan untuk menanganinya. 

Benar, kesemua pelajar tersebut sudah rosak tetapi apakah kita harus membiarkan mereka terus rosak dan jika mereka menyesal sekalipun, sebahagian mereka akan kehilangan motivasi sepanjang hidup mereka tanpa ada sokongan dan juga bimbingan.

Perkara berlalu biarkan berlalu. Tetapi untuk kita terus senyap dan membiarkan isu ini seolah ianya isu global yang mana kita fikir tak mampu mebendungnya, maka bagi CCZ ianya adalah satu tindakan yang tidak baik.

Masalah sosial dalam masyarakat kita terutamanya Melayu harus ditangani secara serius. Jika tidak, Melayu pastinya akan hilang di dalam bumi Melayu sendiri. 

Rakam Gambar Bogel Sendiri -Hobi Baru Remaja Melayu

Izinkan CCZ membawa pembaca kepada satu masalah sosial yang kerap kali CCZ sentuh, setiap hari juga suratkhabar mendedahkan isu yang sama terutamanya METRO. Iaitu tentang masalah sosial.

Kita sering melihat bagaimana ganasnya orang-orang politik bersyarah di atas pentas. Kita juga sering melihat para guru-guru ugama berceramah menempelak Kerajaan Persekutuan. Tetapi kita jarang dengar bagaimana mereka duduk semeja membincangkan masalah sosial yang teramat bejat.

Masakan tidak. Di salah sebuah pusat pengajian di Malaysia, di mana terdapatnya 200 pelajar wanita yang bertukar setiap setahun, 50% daripadanya sudah biasa dengan seks tanpa nikah dan hampir 1:5 daripada mereka terlibat dengan hamil dan gugur kandungan di luar nikah. 

Bagaimanakah kita ingin tangani masalah ini? Pelajar wanita terbabit sebahagian besarnya pula datangnya daripada keluarga sederhana dan juga miskin tegar. 

Alangkah ruginya kita jika melihat isu ini sekadar mendiamkan diri tanpa ada sebarang tindakan untuk menanganinya. 

Benar, kesemua pelajar tersebut sudah rosak tetapi apakah kita harus membiarkan mereka terus rosak dan jika mereka menyesal sekalipun, sebahagian mereka akan kehilangan motivasi sepanjang hidup mereka tanpa ada sokongan dan juga bimbingan.

Perkara berlalu biarkan berlalu. Tetapi untuk kita terus senyap dan membiarkan isu ini seolah ianya isu global yang mana kita fikir tak mampu mebendungnya, maka bagi CCZ ianya adalah satu tindakan yang tidak baik.

Masalah sosial dalam masyarakat kita terutamanya Melayu harus ditangani secara serius. Jika tidak, Melayu pastinya akan hilang di dalam bumi Melayu sendiri. 

Monday, December 20, 2010

GABRA ORANG PAS TERMASUK AZIZAN


CCZ SOKONG KEMPEN INI. AYUH!!! MARI KITA GEGARKAN KEDAH DNEGAN GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH!!!!

Apabila Ghairah Dibiarkan Tanpa Susulan..

Sesekali berfikir mungkinkah terlampau keras dan optimum CCZ menegur UMNO sendiri? Pada masa ini, UMNO ternyata semakin berubah kecuali di Kedah. Betapa ramai yang mahu untuk UMNO berubah dan masih berdoa untuk perubahan itu. 

Dato Najib terkadang terlalu lama membiarkan rakyat tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu. Teringat CCZ pada perbualan dengan seorang rakan. Perkara yang penting yang mempengaruhi keghairahan dan semangat orang ramai jangan dibiarkan sejuk. Kala sejuk, untuk panaskannya semula tentu saja akan mengundang pelbagai rasa malas, lena dan tidak sepenuhnya bersemangat. 

PR kalau dibuat ukuran stabil mengikut bulan-bulan semakin nampak kembali teratur. Apa yang mereka peduli? Samada Azmin naik Timbalan Presiden PKR, PAS yang punyai panglima yang sakit atau DAP yang memerintah Pulau Pinang seperti donia ini mereka yang punya. Dari kecoh kembali kepada bertaut. 

UMNO pula sama sahaja saban bulan. Juara Rakyat hanya sekali sekala. Biarpun perkhidmatan semakin baik tetapi seolah UMNO menunggu sahaja. Rindu juga pada serangan berupa penerangan yang menyanggah PR tetapi semuanya ibarat diam. 

Ukuran untuk menunjukkan UMNO kini semakin kuat dan semakin diterima rakyat langsung beku. Sekali sekala mengapa tidak diwar-war dan diyakinkan rakyat? 

Seolah UMNO tiada strategi. Parti-parti kompenon juga seperti tidak bercakap antara satu sama lain. Masih menunggu magis atau mereka sendiri tidak yakin terhadap penerimaan rakyat?

Pemimpin Melayu pada ketika ini dilihat lebih mementingkan hati bangsa lain. Melayu pada PKR, PAS dan DAP sudahlah tidak lagi terbela dan kini UMNO seperti mengikut jejak langkah. FELDA diserang oleh hanya seorang manusia bernama Mazlan tetapi yang memalukan apabila panglima UMNO senyap habis. Yang bangun menempelak Mazlan adalah Perdana Menteri sendiri. Ukuran UMNO kuat kah begitu?

CCZ cuba untuk tidak menempelak UMNO berlebihan tetapi sakit hati melihat cara kerja orang-orang di bawah Dato Najib. Hanya kepada berpeluk tubuh. Tak pernah nak rasa nak bina kekuatan jentera menguatkan kepimpinan Najib. Entahlah. Mungkin CCZ seorang yang hanya berfikir begitu.

Semoga andaian CCZ ini salah. 

Sunday, December 19, 2010

Pengerusi UMNO Negeri Kedah Dah Diumum?

Sekali lagi CCZ terima mesej dari seseorang yang tak berapa nak kenal. Bunyinya agak tak sedap sikit untuk semua kalangan pembaca yang mengundi Mukhriz Mahathir tetapi sudah kali kedua, nama yang sama naik.

YB SHAHIDAN PENGERUSI PRHBGN NEGI PERLIS.& KEDAH DTK BASHAH. SELASA AKAN UMUM.

Camner nih? Jauh di sudut hati, ini lagi satu psyco war untuk pembaca-pembaca dan juga blogger. CCZ pun salah seorang yang tunggu dengan sabar tarikh-tarikh keramat yang disebarkan. Dari 26 November kepada 4 Disember kepada 19Hb Disember dan kini 21 Disember. Jangankan nama nak diumum, berita tentang Presiden UMNO sendiri pun tak berapa nak ada. Maknanya apa? Jangan berpolitik sangat. Galakkan rakyat membaca buku lagi baik daripada mengajak rakyat meneka menilik. Aparaa...

Dari tunggu lebih baik kita ucapkan Selamat Hari Lahir untuk mereka yang sambut ulang tahun pada tarikh-tarikh keramat tersebut. Taklah menyakitkan hati sangat. 

P/S : Nasib baik bukan 16 September tahun hadapan. Kalau tidak nama Anwar yang naik. 

Dah Mula Dah Politik Kotor Di Kedah

Pagi ini bila CCZ buka suratkhabar yang tentunya Utusan Malaysia yang pertama, terkejut juga kerana melihat gambar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak duduk bersama-sama Dato Shabery dan Dato Razali menonton perlawanan bola antara Vietnam dengan Malaysia. 
Rugi juga rasanya tak menonton perlawanan tersebut kerana sibuk dengan perusahaan sabun sehingga ke malam. Dan sudah tentu perasaan tergamam masih ada sehingga saat jejari mengetuk papan 'keyboard' ini. Tak sangka seorang Perdana Menteri begitu 'steady' dan tidak kisah untuk bersama-sama rakyat tua muda duduk di jalanraya menyaksikan perlawanan bola sepak.
Bersahaja benar gaya Dato Najib. Kalau benar beliau berlakon tentu saja riaknya lain tetapi seolah tidak menjadi apa-apa masalah untuk Dato Najib bertindak luar dari kotak seorang yang berkedudukan tinggi sepertinya. 
Anwar Ibrahim harus belajar dari Dato Najib. Anwar memang sudah biasa bergaul dengan masyarakat tetapi cara Anwar itu ialah mengajak rakyat turut serta berjalan kaki ke pusat bandar untuk berdemonstrasi haram. Bukan untuk kebaikan bersama tetapi ke arah menyusahkan orang lain dan negara. 
Bukan untuk mengampu tetapi cara Dato Najib ini benar-benar menarik hati. Tapi dalam hati berkata, 'Hailah Tok Jib. Tok Jib saja yang nampaknya bertungkus lumus membawa UMNO dan BN balik memenangi hati rakyat, yang lain masih ternganga lena.'
P/S : Di Kedah, jangan tak tahu ramai pemimpin-pemimpinnya sudah buat konar baring. Dulu bawa orang lain sekarang belum apa-apa lagi, Muhkriz dijemput untuk setiap anjuran program di tempat mereka. Hati orang lain tu tak jagakah? Inilah gaya politik cari makan...Selamanya penuh dengan bodek. Malang, malang....

Lelaki Mana Tu? Macam Nak Goda Bos Lelakinya Saja..

UMNO guna masjid untuk tujuan politik? Salahkah? Nak dengki buat apa? Kalau PAS atau PKR atau DAP yang gunalah yang patut dicemuh. Sebab bukan PR yang tubuhkan masjid tetapi Kerajaan BN yang bina. Kalau dah kita yang bina apa salahnya kalau kita pijak kaki ditempat bangunan yang kita bina.

Shamsul ini ibarat chipsmore basi. Sekejap ada sekejap tidak tetapi yang nyata memang tak sedap untuk dimamah atau sebagainya. CCZ terlupa nak tangkap gambar 2 masjid yang dibina oleh Kerajaan BN yang memang ada di kawasan CCZ tetapi sudah dicat hijau putih sekitar bangunannya mengambarkan masjid itu hak PAS. Siang malam ceramah mengajak masyarakat sekitarnya untuk tukar pemerintah. Itu nak ditakrifkan apa wahai manusia yang sengaja mencipta domba yang jelik?

Bukan semua orang bodoh untuk dihasut dan dipaut dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat hanya nak bagi wajah dan nama muncul di media-media milik mereka. Ibarat bercakap sekadar bagi tahu inilah Shamsul panglima parang kontot nak bersuara. Dengar ye..Puuuuuuuttttttt! Macam kentut saja. 

Yang muslimah seorang ini pun lagi buat lawak kala siang hari. Seorang peniaga yang warungnya dipenuhi dan ditandangi penyokong-penyokong Jom Dok Saja berkata muslimah ini buat malu kompeni mereka sahaja. katanya, kalau nak buat 'statement' pun carilah isu-isu yang bukan ludah ke langit jatuh ke muka sendiri. UMNO bukan boleh dilemahkan hanya dengan kata UMNO guna masjid dalam berpolitik. Depan warung mereka sahaja ada surau yang sebenarnya hasil usaha bekas YB UMNO tetapi kini telah ditandai dengan tayar yang bercat hijau. 

Gamaknya Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajjah Kintan Man ini tak pernah datang melawat Kedah. CCZ syorkan Hajjah Kintan ini buat sepucuk surat kepada Ustaz Azizan untuk membiayai lawatan para muslimah negeri lain ke Kedah. Moga hasilnya dapatlah Hajjah Kintan ini dapat karang isu UMNO guna masjid dalam berpolitik dengan lebih baik dan kukuh. 

Lagi satu yang sememangnya hujah biasa yang mereka jaja tentang UMNO ialah, apabila UMNO buat program ramai benar Wanita UMNO dan Puteri UMNO yang tak tutup aurat. CCZ ada dengar seorang ustazah nasihat pada muslimah-muslimah yang panjang muncung mereka mengata-ngata sekelompok wanita lain yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Kata Ustazah tersebut, " Memang mereka buat dosa sebab tak tutup aurat dengan sempurna tetapi anda termasuk saya dikira subahat kerana mengumpat pun turut sama berdosa. Dosa mereka hanya dengan Allah tetapi dosa kita ialah dengan mereka dan juga Allah. Cara nak cuci dosa dengan manusia ialah minta maaf kepada yang kita cela." "Siapa nak ikut saya pergi minta maaf, terangkan dan ajar mereka untuk bertudung secara baik?"

Selesai berkata, Ustazah tersebut pun bangun menuju ke muka pintu. Bila ditolehnya, hanya tinggal seorang dua yang temanggu-manggu. Yang lain dah cabut. CCZ antara yang mendengar cerita benar ini. Sekadar menggeleng. Rupa-rupanya inilah cara Islam ditinggikan dalam PAS. Menegur itu melalui kutukan bukannya bercakap secara baik-baik dan berhemah. Itu kita nak takrifkan apa tu? 

Saturday, December 18, 2010

666 dan 69. Anwar Punya Pilihan?

Asyik membaca 'posting' terbaru Tun Mahathir. Terkadang seperti ingin berbual panjang dengan Tun Mahathir. CCZ tertarik dengan pandangan Tun mengenai US yakni Amerika Syarikat. Pertanyaan Tun mengapa US sepatutnya menjadi kuasa yang bertindak menjaga keamanan tetapi lebih kepada membuli negara-negara lemah dan tunduk membela dan mem'bela' Israel. Rakyat Palestin langsung tidak boleh menyebut negara Palestin sedangkan Israel terus menerus mendirikan penempatan haram dengna hanya ditegur oleh US melalui surat amaran.

Tun turut merakam sinis 'kejayaan' Obama. Umum sedia maklum walau siapapun yang naik sebagai Presiden Amerika Syarikat, sekuat mana pun, setegas manapun tetapi akan tunduk dengan satu bangsa iaitu Yahudi. Naiknya Obama dengan ditiup khabar angin kejutan bahawa seorang Muslim memerintah 'Polis Dunia'. CCZ rasa kalau benar berita itu, apakah kuasa-kuasa di belakang penubuhan Amerika Syarikat yang semuanya Yahudi akan duduk diam? Sebelum dicalonkan lagi sudah tentu Obama ditendang awal-awal.

CCZ turut membaca buku terbaru keluaran Moonmedia berkenaan RAHSIA SIMBOL YAHUDI. Penerangan tentang Illuminati, Freemason dan bagaimana Yahudi menakluki dunia. Amerika Syarikat melalui kesemua Presidennya yang ada beragama Kristian dan ada yang sebenarnya Judais jelas benar adalah susunan strategi Yahudi menguasai dunia. 

Dan akhirnya Amerika menjadi satu negara besar dan kuat dengan hanya menonjolkan imej yang 'baik' dan 'jahat' serentak. Alat untuk menunjukkan Amerika Syarikat itu popular, gagah, adil, demokrasi bukan melalui kitab-kitab atau buku tetapi mata. CCZ sendiri tertanya-tanya apakah sebenarnya menjadi kekuatan Amerika Syarikat?

Lambang mata satu yang ramai dari kita mentakrifkan sebagai dajal menjadi satu simbol utama Yahudi dan Amerika sendiri. Kalau tidak bagaimana duit US1 dollar mereka jelas mempunyai simbol mata satu. Apakah kekuatan mata?

Amerika Syarikat digahkan melalui pengaruh 'kaca televisyen'. Lakonan dan para pelakonnya diarah dengan sebaik mungkin menjadi simbol kepada kekuatan dan kemegahan Amerika Syarikat. Sedangkan siapakah pelakon mengikut istilah sebenar? Hollywood menguasai satu dunia melalui filem-filem yang menghiburkan sekaligus menjadi pusat pengeluaran filem terutama dunia. Sesebuah filem box office ditayangkan di seluruh dunia dan apakah cara mudah untuk mempengaruhi minda penonton seluruh dunia? Bukankah melalui MATA?

Dari mata melekat di akal, turun di hati, pengaruhi pemikiran. Negara manakah filem-filemnya menampilkan adegan-adegan seks, bercumbuan, bogel pertama di dunia?

Setiap agama menggariskan peraturan. Perlu mengawal nafsu, ada batas-batasan tetapi cara Yahudi merosakkan masyarakat terutamanya umat Islam adalah melalui hiburan tanpa sempadan. Gay, lesbian, perceraian, percintaan yang sepenuhnya mengujakan ibarat dadah dihidangkan setiap masa. Setiap bulan dimestikan adanya tayangan-tayangan yang menjadi santapan rohani penduduk dunia. 

Walau sejahat dan sejijik manapun Amerika Syarikat menjadi tulang belakang Israel, walaupun sekejam manapun tindakan Israel, Amerika Syarikat takkan berkata apa pun malah menyokongnya, adakah Amerika Syarikat akan dibenci? Ada beribu-ribu pelakon-pelakon yang akan menhilangkan kemarahan dunia terhadap Amerika Syarikat melalui pengaruh mereka dan juga lakonan mereka. Amerika Syarikat akan tetap menjadi pujaan hati manusia-manusia di dunia. 

Hanya dengan bertunjangkan kepuraan-puraan, lakonan, pembohongan, keindahan dalam hiburan. Maka jadilah Amerika Syarikat gagah, megah dan berkuasa. 

Walt Disney, Metro Godwyn Mayer yang melaluinya kartun-kartun Tom&Jerry dan puluhan lagi kartun-kartun yang ditonton oleh beberapa generasi anak-anak dunia termasuklah CCZ dan kini anak CCZ adalah kesemuanya daripada Yahudi. Mc Donald, Revlon, Caltex dan beribu lagi jenama di dunia termasuklah 'barcode' pada setiap barangan yang dijual adalah tertera Yahudi menakluki dunia melalui angka 666.

Hanya yang akan selamatkan manusia adalah Allah. Islam adalah agama yang paling dibenci Yahudi. Maka Tentulah Islam menjadi sasaran utama mereka. Dan hari ini mereka telah berjaya merosakkan minda kebanyakan orang-orang Islam termasuklah belia-belia Islam seusia muda 10 sehingga 20 tahun untuk rosak masa hadapan dan motivasinya. Maruah dan agama telah lama terhakis sehingga belia-belia di negara-negara Islam lemah. 

Adakah kita sedar? Tun Mahathir lebih kenal siapakah Amerika Syarikat dan Yahudi. Tanya sahaja pada Anwar Ibrahim. Adakah dia akan bercerita tentang Amerika Syarikat setelus Tun Mahathir? 

Anwar Ibrahim. Satu nama yang dijaga oleh kuasa-kuasa besar satu ketika dahulu. Sehingga kini, Anwar masih dibiarkan walaupun mungkin bukan lagi satu taruhan yang baik. Persoalannya adakah Malaysia sebuah negara yang tidak dipantau dan tidak akan diganggu Yahudi? 

Pulau Pinang dan Singapura, dua model persis Israel. Kalaupun bukan Yahudi tetapi caranya sudah sampai kepada dunia. Satu andaian yang lemah? Terserah untuk difikirkan.

P/S: Kebetulan itu adalah jawapan asas untuk perkaitan yang konkrit. 

Thursday, December 16, 2010

Anwar! Mari Beli Obat!!!

Musim dingin di Kedah pada masa ini mempengaruhi mood dan idea CCZ. Isu-isu semasa pun turut sejuk terutamanya Anwar Ibrahim Aka Putar Alam yang kini semakin lapok dek putaqnya. Daripada Anwar jual tembelang baik ikuti langkah Tun Mahathir yang telah berjaya membuka cawangan kedai rotinya. Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir amat mementingkan kualiti maka walaupun CCZ tak pernah beli roti dari kedainya, CCZ yakin ianya pasti enak.

Anwar pun sebenarnya ada aura dalam perniagaan. CCZ tak mahulah nak syorkan buka kedai beli apa. Tetapi kawan-kawan CCZ ada kata, barangan yang paling laku untuk Anwar jual selain tembelangnnya ialah K* J****. kawan-kawan CCZ kata juga bahawa kalau Anwar jual barangan itu pasti ianya akan mendapat sambutan yang hangat sebabnya penjualnya pun hebat. 

Sekadar menulis seperti yang diminta kawan-kawan. 

Kita bergeraklah kepada politik Kedah. Serangan bertalu-talu oleh rakan-rakan CCZ dalam memperjuangkan agar Dato Mukhriz Mahathir dilantik semakin menghangatkan ramai pihak. Blogger-blogger ibarat mewakili ahli-ahli UMNO dan rakyat yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. 'So far' CCZ tak dengar apa-apa komen daripada Ketua-ketua Bahagian yang katanya 4/5 menyokong nama lain selain DMM. 

Dalam politik ni, mulut diam tapi otak jalan. Tapi dalam dok mengata tu, CCZ pun terkena jugak. Kena maklumat yang sengaja dibuat bagi melemahkan Dato' Mukhriz Mahathir. Tetapi nasib baiklah CCZ tulis dalam blog. Kalau tak tulis lagilah usaha para kumpulan ini akan terus berjaya tanpa adanya pertentangan. 

CCZ turut mengumumkan untuk menyokong kuat Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah! Hidup DMM!

P/S : Sebelum nak bagi komen, tengoklah dulu statistik calon yang paling diingini sebagai Pengerusi UMNO negeri dalam blog CCZ ni. Jauh tu..Tapi nasib baiklah nama KJ tak ada. Kalau ada, waktu pemilihan, KJ dapat 0 pun boleh menang maa....

Tuesday, December 14, 2010

Tubuh Wanita Bisa Mengiurkan Kucing Jantan?

Benarkah lelaki pada hari ini menjadi mangsa seksual yang paling ramai berbanding wanita? Dan yang amat mengujakan ialah mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual ini adalah bertaraf majikan ataupun bos di pejabat-pejabat.

Pada pendapat CCZ, memang betullah dengan berita ini. Lelakilah yang paling ramai menjadi mangsa seksual hari ini. Istilah mangsa sahaja yang tidak tepat. Selalunya perkataan 'mangsa' mengambarkan seseorang yang diperlakukan secara kejam, ganas dan terancam tetapi 'mangsa' gangguan seksual lelaki ini agak tidak bersesuaian mungkin. 

Kucing mana bisa menolak ikan. 

Seandainya nama-nama lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual di Malaysia ini disenaraikan, siapakah yang paling layak untuk menduduki carta teratas?

Lee Kuan Yew telah merumuskan Anwar masuk juga perangkap walaupun menyedarinya. Mungkin Lee Kuan Yew menterjemahkan bahawa Anwar sudah menjadi mangsa gangguan seksual. 

Sekiranya perangkap yang dipasang adalah ikan untuk habuan kucing maka sudah tentu ianya perkara yang bisa masuk akal tetapi seandainya kucing untuk habuan kucing juga, maka sudah tentu kucing yang ingin diperangkap itu adalah kucing yang jarang-jarang terdapat di muka bumi ini. 

Tapi pernah dengar ke kucing pun ada yang songsang nafsunya?

Berbalik tentang isu lelaki yang paling ramai menjadi mangsa seksual, kesalahan memang patut diletakkan pada wanita. Tetapi dalam kes kucing dengan kucing, ikan diletak tepi maka serasanya datanglah ikan secantik, semulus mana pun, tak pandang pun...Rugi je...

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers