Salam Aidilfitri..Kata orang kalau cuma bagi salam dengan menulis salam, maka ianya tak perlu di jawab. tapi kalau ditulis assalamua'laikum barulah boleh dijawab. Bagi CCZ senang saja. Rajin-rajin pilah kita menulis Assalamua'laikum secara penuh. Yang lain nak singkat tak apalah. Macam nama penuh CCZ yang kalau nak disebut panjang betul..Cahayacintazulaikhayangnamanyaadalahdalambahasamelayu.!Hah..Kan panjang tuh..Jadi CCZ nak mudahkan jadilah CCZ.
Hari tu JEAD mintak nak sewa blog Sanggul Melayu. CCZ kasilah sewa dengan yuran bulanan RM3,000. Kemudian bila CCZ pi mana-mana, rakan-rakan yang kenal CCZ panggil CCZ sebagai JEAD. Ohh..Mana aci..JEAD tu kan singkatan Janda Excellent (Expired daaaa) dengan Anak Dara Tua..Maaflah JEAD..Oleh kerana sewa tapi bayar cuma harga bayaran Anwar Ibrahim sebagai penasihat kewangan negeri Selangor, terus CCZ rampas secara paksa rela dari JEAD.
Ramai yang marah-marah sebab CCZ tulis mula untuk updatekan Sanggul Melayu dengan kata CCZ pelupa macam Mat Sabu. Kata mereka, CCZ macam menghina Mat Sabu. Hello! Mat Sabu tu senang-senang buat capoi kata polis-polis yang pertahankan Bukit Kepong tu bukan wira takkan CCZ takleh capoi dengan kata Mat Sabu pelupa? Itu pun boleh dikatakan sipi-sipi tahi unta yang CCZ lemparkan pada Mat Sabu berbanding kata-kata Mat Sabu yang lebih keji. Pastu selamba 'rock' kata tak ingat! Mat Sabu hanya ingat satu perkara saja...Nak sebut ke Bang Mat? Keh keh keh..Buat malu jelah Timbalan Presiden PAS ada ingatan low class..
Panjang ceritanya dan tak sesuai langsung untuk didedahkan di sini mengapa blog Sanggul Melayu ditutup. Biarlah ianya menjadi rahsia.
Yang menyebabkan CCZ membuka semula blog ini adalah kerana ramai pembaca blog yang terdiri dari rakan-rakan CCZ hilang mood untuk membaca blog-blog untuk ikuti perkembangan politik. Kata mereka, kalau tak nampak muka CCZ pun tak apa, janji dapat baca tulisan CCZ. WOW!!!! No komen tapi CCZ nak ucap terima kasihlah..Orang tu nombor 2 tapi penulisan nombor satu k!
Keutamaan CCZ adalah Kedah mesti dimenangi semula oleh BN khususnya UMNO. Perjuangan takkan selesai dengan hanya menutup blog. InsyaAllah, CCZ akan bersama-sama sekali lagi dengan rakan-rakan blogger yang lain seperti Kedahtimes, AloqStaq Blog, HHalem, Detguaq dan ramai lagi yang kalau nak tulis dah makin bertambah bilangan blogger.
Tetapi sekiranya blog Sanggul Melayu masih gagal dibuka, ianya adalah disebabkan masalah teknikal komputer pembaca. CCZ tak buat apa-apa k. (hehehehehehe) Nakal nih!! Boleh percaya ker?
Ok..Nanti CCZ tulis lagi ye..Nak tanya sikit..You all tak rindu I ker? Muahahahahaha!!!! :)


0 comments:
Post a Comment