Sana sini cerita Mat Sabu. Toleh ke kanan dengar bilik 121. Toleh ke kiri dengar motorsikal langgar bendul jalan dikatakan dilanggar polis. Jalan ke depan dengar bermulut jahat, Senang cerita kalau dalam politik ada trofi Ahli Politik Paling Popular anjuran semua media adalah milik Mat Sabu.
Yang untung Anwar. Yang untung Teresa Kok. Yang untung ramai lagi. Yang ruginya adalah minda rakyat yang senang dimanipulasikan. Mat Sabu sepatutnya senang saja. Minta maaf sebab kenyataannya cukup besar kesalahannya dan memang sepatutnya memohon maaf. Kalau budak kecik, patut dirotan di punggung supaya meminta maaf. Tak pun diikat di pokok yang ada kerengga supaya menuntut maaf.
Tapi Mat Sabu mengambil tindakan yang serupa dengan Anwar Ibrahim iaitu tidak akur dengan tekanan. Inilah ciri penting menjadi ahli politik pembangkang.
CCZ pernah mendengar satu cerita bahawa babi diharamkan dimakan kerana terdapat di dalamnya sejenis ulat yang tahan direbus berjam-jam panasnya dan takkan mati walaupun mencapai tahap 1000 darjah celcius.
Itu cerita babi tapi dalam sikap atau sifat yang perlu ada untuk menjadi pemimpin pembangkang adalah seperti cacing inilah. Tahan direbus, dicincang atau sebagainya.
'Moral of the story' akibat cacing ini maka babi tidak boleh dimakan kerana terdapat cacing merbahayakan kesihatan samalah juga dengan ahli pembangkang yang tidak boleh disokong kerana sikap ketahanan yang keterlaluan mereka merosakkan minda dan memanipulasikan kepercayaan rakyat sekaligus menjejaskan keharmonian perpaduan.
p/s : Lambang bulan dalam bendera PAS adalah bulat. Kalau bulat mestilah kalau digolekkan ianya berputar bergerak ke arah mana kita menolak. Tetapi ketika ini mungkin bulan tu sedang jadi anak bulan sabit sebabnya yang sebelah lagi sedang sembunyi sebab malu berketuakan Mat Sabu! Dok tunggu muncul penuh tak penuh-penuh. Hadi Awang tutup mulut, Nik Aziz purak-purak sibuk perintah Kelantan. Hmmm...Parti PAS silap pilih menantu daa....


2 comments:
CCZ bukan al juburi sahaja yg ada.cerita kat padang serai pula di juburi.
Anon..Bukankah yang dijuburi tu dah letak jawatan? Hanya mendengar tapi tak tahu kesahannya..
Post a Comment