BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 5, 2011

Fantasia Cinta Yang Mat Sabu Pasti Takkan Lupa

Setelah PAS ingin menulis semula sejarah Malaysia ini, maka telah diwar-warkan untuk para ahli PAS memperdengarkan tentang kisah-kisah yang ada di dalam lipatan sejarah untuk ditulis semula. 

Setelah diwar-warkan maka beraturlah beribu-ribu ahlinya memperdengarkan kisah-kisah sejarah yang patut ditulis semula. 

Mat Sabu telah diberi tanggungjawab sebagai ketua juri yang akan memilih karya-karya sejarah yang akan ditulis semula. 

Bermulalah pencarian karya sejarah baru.

Masuk seorang ahli PAS bercerita.

" Pada kurun ke 15, kita sering diberitahu bahawa pahlawan Melayu terbilang adalah 5 Hang bersaudara. Sebenarnya mereka bukanlah orang Melayu tetapi bangsa lain. Saya percaya dan yakin yang ke lima-limanya adalah datang dari negeri atau benua yang sama seperti Hang Li Po. Tuan Mat Sabu..Kita boleh tulis sejarah ini semula. Melayu adalah pendatang."

Mat Sabu mengangguk-angguk. Ditolehnya ke arah rakannya Lim Guan Eng, rakannya itu mengangkat ibu jari.

'Ok! Kita akan bukukan sejarah ini.'

Ahli PAS kedua pula bercerita,

" Semasa Jepun menyerah kalah kepada British, Komunis tidak menyeksa orang-orang Melayu. Melayu telah diberi layanan yang cukup baik malahan dipanggil tuan oleh komunis."

Mat Sabu terus terangguk-angguk. "Benar! Kita tak payah nak cerita lebih lanjut. Tolong cerita selengkap-lengkapnya nanti. Next!"

Ahli PAS ketiga pula bercerita...

"Mat Sabu telah ditemuramah dalam bilik 121 setelah beg bajunya telah tertukar dengan seorang wanita yang punyai beg yang sama. Rentetan kejadian yang jarang-jarang berlaku itu telah membuahkan bibit cinta antara keduanya. Itu antara kisah percintaan yang cukup romantik pemimpin PAS."

Terus Mat Sabu tersenyum. Sejarah yang paling baik dan paling saya terima. LULUS!!!!

Tetiba Mat Sabu ketawa dengan begitu bahagia. Kah kah kah!!! Kah kah kah!!

Semua yang ada di situ juga turut ketawa..

Kah kah kah..kah kah kah...

Tetiba CCZ rasa pipi CCZ kena tampar bertalu-talu..."Woit!!! Hang ni pasai pa? Tidur pun boleh tergelak-gelak ka? Hang mimpi apa?" tanya kakak CCZ.

Laaaaa...Mimpi rupanya!!!!!! Nasib baik mimpi Mat Sabu ketawa..Kalau mimpikan Mat Sabu dengan CCZ berkejaran di tepian pantai sambil menyanyi-nyanyi lagi kacau....Sereemmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!

0 comments:

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers