Rupanya masih ramai yang tak tahu apa itu dunia blogger. Blogger kadang-kadang boleh ditafsirkan sebagai wartawan yang tidak berpejabat. yang tidak ber'bos' dan tidak bertanda nama'.
Hampir sebahagian besar blogger tidak ingin memperkenalkan diri bersesuaian medium berita yang disampaikan hanya melalui jejari dan di baca oleh mata dan difikirkan oleh akal. Hanya sedikit yang menampilkan diri.
Blogger boleh dikatakan profesional sebabnya isi penulisan mereka sentiasa dikawal, diulang tapis dan tidak menulis bersangkutan peribadi mahupun berkepentingan. Itu ciri blogger yang selalu ada. Berkepentingan itu bermaksud yang menulis mengenegahkan isu yang lari dari apa yang dibawakan untuk keperntingan diri. Untuk menangkis kesilapan diri mahupun meluahkan kekecewaan diri. Itu tidak akan dilakukan oleh blogger kecuali meluahkan kekecewaan di atas kegagalan atau timbul masalah atas apa yang diperjuangkan mereka.
Blog yang dikatakan hebat dan akan sentiasa diterima pembaca adalah blog yang selari dengan apa yang diperjuangkan sejak ianya mula diwujudkan. Sekali lari maka akan adala pembaca yang terdetik mengatakan blogger ini sudah lari dari perjuangan. Dan kesannya pembaca akan lari dari mengikuti apa yang dibahaskan blogger.
Maka yang lebih penting untuk menilai kendiri blogger itu sendiri adalah dengan melihat segala penulisanya bermula blg itu ditubuhkan bukan menilai kendiri blogger itu pada masa pembaca tahu apa itu blog atau sedar blog seorang blogger itu wujud
Ramai blogger apabila identii mereka terdedah maka banyak menerima kesan penulisan mereka. Yang selalu terjadi menerima kutukan, ugutan mahupun amaran. Pergerakan mereka sentiasa tidak disenangi dan berasakan diri atau perkara yang dibincangkan di hadapan blogger tidak akan selamat.
Jangan risau. Dunia profesional seorang blogger tidak akan mendedahkan segala yang didengarnya kecuali berkenaan apa yang diperjuangkan. Jika blogger itu seorang blogger politik maka elakkanlah dari membawa bahan-bahan video seorang ADUN atau YB. Jika blogger itu blogger cinta, maka elakkan berbicara tentang masalah keluarga. Itu saja. yang lain tu ceritalah apa saja. Blogger faham mana satu nak disiarkan atau mana satu perlu didiamkan.
Sengaja isu ini dibangkitkan bagi memahamkan pembaca bahawa dunia blogger itu sebenarnya bukanlah ejen yang membawa kerosakan. Blogger itu bebas dan aman sifatnya.
Dan jika ada yang semakin menyampah dengan penulisan CCZ disebabkan menyelitkan bahasa-bahasa cinta yang berbunga-bunga dan sebagainya, maka bagi CCZ itu perkara biasa.
Blog pentas untuk CCZ menari. Kalau selalu sangat tengok pegang senapang, apa salahnya tengok CCZ pegang selendang menari lagu Kuch Kuch Hota Hai...
Ok ye..kalau tak faham tentang blogger tanyalah pada yang pakar. CCZ bukan pakar tapi kena getah sebab berdepan dengan satu kelompok masyarakat yang berpendapat blogger adalah individu mutlak yang menghasilkan penulisan waima mengores nama sendiri di atas dahan atau daun pohon-pohon kasar. Hehehehehe..Kena getah lagi......
P/s: Ada satu pendapat yang paling CCZ nak tergelak. Ramai blogger menulis untuk mempromosikan diri menjadi calon PRU13. Hahahahaha..Blogger bukannya terlalu 'desperate' sampai macam tu...


0 comments:
Post a Comment