BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 16, 2011

Bendera PAS - Ciptaan Yang paling Seksi

Kata orang kalau nak jadi pembangkang, otak kena bergeliga. Otak mesti ligat berpusing. Macam gasing. Sebab tu tak hairan bilamana Harakahdaily sekarang lebih memfokuskan laporan Ketua Audit Negara untuk mengutuk, bergebang dan mengadu domba segala laporan yang ada sedikit menampil kelemahan sebagai bukti BN perlu ditolak.

Yang terbaru, Harakahdaily seperti biasa. Bukan setakat gajah dah depan mata, ikan paus terguling di depan mata pun depa tak nampak tapi kuman seberang laut nampak. Tajuknya hebat. BN Masih Gagal Bekal Air, Elektrik Di Pendalaman. Wah! Sekali baca tentu saja kita akan terus berkhayal mengandaikan banyak kawasan-kawasan pendalaman masih menjalani hidup sama seperti era 50 an.

Ehem!!! PAS dah perintah Kelantan sudah melebih 20 tahun tetapi air masih berkarat lagi. Asal ada air saja sudah cukup ke? Warna apa tak kisah asal air. Elektrik tu pun sebab Kerajaan BN sebelum Nik Aziz memerintah dah salurkan kalau tidak harap lambang bulan di bendera PAS sajalah menerangi malam-malam gelap di seluruh negeri Kelantan. Satu negeri tu. Berbeza dengan BN, satu negara.

Kalau dah tertulis itu 20 daripada 28 mini hidro berfungsi itu sudah cukup baik dan membuktikan kejayaan besar BN. 8 lagi sudah tentu dalam proses. 

Kalau kat Kedah ni, Kerajaan PAS memang wajar dibanggakan dan dipuji. Projek empangan pun dah berlambak nak diumumkan. Jalan-jalan raya di kampung-kampung pun sudah banyak yang bakal diturap. Hutan-hutan yang habis gondol pun sudah banyak nak ditanam semula. Tetapi dengar cerita, Azizan kata, PAS nak tunggu lepas PRU13. 

PAS menang lagi PRU13 di Kedah ni, dengar cerita juga Azizan janji nak bina stesen roket untuk beri peluang rakyat Kedah naik ke bulan. Amacam? Jom ler kita undi PAS lagi. Mesti tak menyesal punya!

Tapi untuk projek kat atas tahun ni, tahun lepas dan tahun lepas, Azizan kata duit masih dok kumpul. 

Puak-puak di Wisma Darulaman katanya hari-hari dengar para EXCO PR nyanyi lagu, Gali-gali lubang..Gali sana kambuih sini. Gali sini, kambuih sinun....

Kata mereka lagi..Dengar betul-betul..Banyak maksud tu. Lagu-lagu Selamat Pengantin Baru pun sentiasa di bibir-bibir pembesar mereka. 

Wah! Mesti PRU13 ni, PAS akan perturunkan banyak manifesto hebat. Antaranya Undilah PAS, Gerenti boleh berbulan madu di bulan....

p/s: Kawan CCZ kata, bendera BN lawak-lawak boleh juga digunakan sebagai kain basahan tapi kalau bendera PAS, pakai kalu di badan,, alamat tak payah pakai kain tak apa. Warna putih di tengah tu bikin mata sendiri pun terjojol beb! Mandi seorang diri oklah tapi kalau nak mandi telaga di tei-tepi rumah alamat buat cerita wayang kulit ler..Kesimpulannya? Anggap saja Azizan dan konco-konco hensemnya hanya pandai berwayang kulit...

Kata kawan CCZ lagi, CCZ suka sangat mengata kat PAS. CCZ pun cakaplah dah tahu apa maksud amarannya...Oklah tu..Ingat senang ke nak dapat tiket berbulan madu di bulan lepas PRU13 nih! Tambah menikah dengan orang bulan. Orang kata kalau nak mengaji pandai, rendam buku dalam air, kasi minum. Samalah..Nak bagi orang bulan jadi orang UMNO pun cantu jugak. Rendam bendera UMNO dalam air, kasi minum hari-hari. Hah! Gerenti sayang UMNO punya. Sanggup?

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers