BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 21, 2011

BERSIH 3.0..Jarum Sedang Ditusuk Untuk Sebuah Negara Islam

Seorang demi seorang pemimpin-pemimpin Islam telah dibunuh atas nama memperjuangkan keamanan. Siapa yang mengetuai siri menghapuskan pemimpin-pemimpin Islam ini kalau bukan Barat.

Habis negara-negara Arab berkecamuk dan tidak stabil. Terbaru Ghadaffi. 

Negara-negara Barat tidak langsung terjejas walaupun krisis ekonomi menyaksikan Amerika Syarikat terpaksa mencetak wang ringgit sendiri dengan jaminan 'Tuhan'. Dari mana datangnya jaminan tersebut sehingga wang dicetak dengan tidak berlandaskan apa-apa nilai sekalipun. 

Satu ketika bila menyaksikan perkara ini, CCZ berpendapat, mereka masih kekal kebal dan tidak terjejas disebabkan mereka berusaha dalam tindakan mereka waima 'berlakon', 'berpura-pura' atau sebagainya.

Terlalu lama mereka berasakan diri mereka berkuasa, bangsa yang bersih ditambah bangsa yang terpilih. Sedangkan dahulu Islamlah yang telah membantu dari segi minda merka sehingga tercetus mencetuskan revolusi di mana perubahan hidup 'barbarian' mereka kepada moden. 

Sehingga ke hari ini tidak ada satu pun negara Islam yang tidak disentuh Barat. Iran mungkin selepas ini.

Malaysia? Jarum mereka sudah lama berjalan..

1 comments:

Anonymous said...

Mereka merancang Allah pun merancang juga, sesungguhnya Alah adalah sebaik perancang.

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers