Makin lama makin hebat desakan terhadap Tan Sri Koh Tsu Koon. Ada yang mintak letak jawatan sebagai Presiden Gerakan dan ada yang menempelak seolah-olah Tsu Koon macam main-main dan tidak serius.
CCZ bukan tahu sangat perihal dalaman Gerakan dan juga masalah BN di Pulau Pinang. Sebabnya pada PRU12 tahun lepas, Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang adalah dua ahli politik yang dari negeri yang sama. Tetapi kira Ketua Pembangkang lagi hebatlah sebab negerinya sendiri jatuh ke tangannya berbanding Perdana Menteri waktu tu.
Untuk BN bangun menakluki Pulau Pinang tu, sajalah CCZ nak tanya? Boleh kah? Kalau Koh Tsu Koon letak jawatan, ada lagikah muak baru yang mampu tarik hati bangsa Cina kepada BN?
Pi mai pi mai kita tahu jawapannya. Masalahnya Gerakan pun sama macam UMNO Bahagian. Kita kena tunggu jugalah siapa yang layak.
Yang pastinya kalau suruh letak jawatan pun, Gerakan tak jalan punya. Umpama ada dan tiada sama saja. Sokongan terus menerus kepada DAP walaupun ada Lim Guan Eng digelar pelbagai. Bukan bangsa Cina yang terjejas tetapi bangsa Melayu.
Gerakan dan MCA dah hilang taring. Hilang magis dan hilang strategi. Nak tunggu hati mereka beralih kepada BN? Hmmmm....DAP perintah kampung Melayu dah banyak kena bubar. Mau tau lagi?


1 comments:
lama xjenguk blog akak.....hehehehe....btw Penang dah teruk pn kene perah dgn DAP...abis dah tanah2 melayu kita...hurmmmm...apa nk jadi r
Post a Comment