BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 20, 2011

Terima Kasih RTM..Psst! Giliran Blogger Wanita Pulaklah..

CCZ telah dihubungi oleh RTM Kedah bagi mendapatkan pandangan sebagai seorang blogger tentang saranan PM supaya media mainkan peranan penting dalam proses perubahan Malaysia menuju ke arah negara bangsa yang lebih moden, liberal dan progresif. PM juga berkata media juga perlu mainkan peranan untuk wujudkan suasana politik yang sihat dan pada masa yang sama berhemah.

Bila sekali baca saranan PM yang diberi kepada CCZ untuk diulas, pertamanya terdetik juga untuk ayat yang pertama mungkinlah PM tujukan saranan ini bagi menyatakan bahawa beliau senada dengan Tun Mahathir terutamanya dalam membantu pembentukan pemikiran rakyat Malaysia menjadi satu bangsa yang positif.

Dan yang keduanya semestinya ditujukan kepada blogger. Penyebaran berita mengenai politik semasa kini digalas secara tidak langsung oleh blogger di mana makumat disampaikan secara bebas dan tidak bertapis tetapi menjanjikan pencapaian yang besar dan cepat serta sambutan yang hebat daripada pembaca.

Blogger, adalah individu-individu yang tidak boleh dipandang rendah jauh sekali dicemuhkan dengan pelbagai gelaran. Bukan senang menjadi seorang yang begitu setia memberikan pandangan yang sudah tentu kebanyakannya tidak dibayar tetapi memberi kita sedikit sebanyak pengetahuan, perkembangan juga berita. 

Mana-mana blogger pun baik di dalam barisan Pro Kerajaan mahupun pembangkang pastinya tersenyum terkulat-kulat, sinis mahupun berlapang dada mendengar saranan PM ini. Kerana kita sedar bahawa betullah apa yang dicakapkan oleh PM. 

Penulisan blogger sememangnya sangat mempengaruhi pembaca dan sudah tentu hanya blogger yang tahu bagaimana menyampaikan maklumat yang ada padanya samaada bertujuuan menambah  nilai pemikiran pembaca mahupun menghasut.

Umpama bahan mentah yang tersedia di depan kita. Nak jadikan ianya berempah, bercili, masam, manis, pahit dan sebagainya. Dengan kepakaran mengadunlah maka terhasillah penulisan yang bercorak seperti yang kita hasratkan.

Wah!! CCZ kalau menulis macam menari pulak. Sedangkan waktu persediaan nak ditemuramah, punyalah terkulat-kulat menyusun ayat. Gabra betul..Tapi alhamdulillah..Berjaya juga CCZ lontarkan pandangan walaupun yang hanya tudung yang membayangi suara yang penuh kelembutan. Hehehehehe...Ini baru boleh digelar blogger perasan!

Sambung balik tadi..Banyak juga yang CCZ cakap tadi. Tapi nak ulas panjang sangatlah. Tapi yang utamanya, hasrat Perdana Menteri pastinya akan tercapai jika komuniti blogger baik pro kerajaan mahupun pembangkang bersama-sama menghayati saranan itu bagi tujuan memberikan nilai positif kepada pembaca. 

Dalam masa sekarang, dengan hampirnya PRU13, kemungkinan agak sukar untuk kedua-dua belah pihak melupakan sengeketa dan menulis tanpa perlu menambah perisa kerana pasaran pada masa sekarang menunut bogger menulis mengikut kehendak pembaca.

Tetapi mana tahu jika kebanyakan blogger mengikut saranan Perdana Menteri untuk berhemah. CCZ dah lama dah ikut. Caranya berhemah melalui penulisan. Syukur juga kerana CCZ seorang wanita. Jadinya tertiblah. Cuba CCZ ni lelaki..Dah lama dah telinga dan mata Nik Aziz dan Anwar berdarah dengan penulisan kasar CCZ. 

Apapun, terima kasihlah kepada RTM kerana sudi juga menemuramah CCZ yang banyak 'demand'. yelah. Ingat senang ke nak temuramah blogger. CCZ siap pesan lagi, kalau nak 'shoot', 'shoot' sisi saja, Jangan bagi nampak batang hidung. Sebab dengan batang hidung pun, pembaca pasti jatuh hati, tambah kalau tengok seluruh muka. Mesti melotup! Hehehehe.

P/S : Patutlah RTM nak temuramah secara ambil wajah sebab kalau tudung bercakap, ramai penonton tak faham sebab tak nampak riak wajah dan pergerakan bibir mungkin. Hmmm..Blogger mana boleh tunjuk muka. Nanti susah buat kerja! Maaf ye...

0 comments:

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers