Perkara yang paling menarik apabila menjengah ke Kuala Lumpur adalah ketika menaiki teksi-teksi untuk ke tempat-tempat yang ingin ditujui. Bukannya kerana menikmati pemandangan tetapi mengambil peluang sepenuhnya menjadi wartawan yang tidak berbayar bertanyakan tentang politik, sosial mahupun ekonomi bagi seorang pemandu.
Walaupun perjalanan mengambil masa sesingkat 10 minit. CCZ selalunya memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang cuaca di Kuala Lumpur, mengaitkan kesibukan jalanraya serta kesesakan jalanraya yang begitu memenatkan.
Dan selalunya pancingan sapaan CCZ pastinya membuahkan pelbagai hasil yang boleh dibukukan sekiranya CCZ rajin megumpulnya melalui penulisan.
3 'trip' perjalanan dari Pudu Central ke hotel kemudian seterusnya ke PWTC, CCZ dapati gambaran politik dari kaca mata mereka sangat-sangat jauh berbeza dengan apa yang kita rasa.
Sesuatu yang pahit, sokongan kepada pembangkang sangat ketara tidak kira tua atau muda. Alasan mereka adalah kerana faktor sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.
Dan selalunya tugas CCZ tidak sahaja habis melalui coretan kisah dan luahan mereka mengapa Kerajaan BN dibenci tetapi seringkali terpaksa menyusun bicara sebaik mungkin meredakan luahan mereka dengan bertimbal balaskan mengajak mereka berfikir lebih jauh dari mengeluh.
CCZ berusia 33 tahun. CCZ menjadi penumpang kepada seorang pemandu teksi yang berusia 27 tahun. Beliau berasal dari Kedah dan dalam cerita riangnya mengenai kampung halaman adalah sawah padi serta perjalanan yang panjang dari rumah sanak saudara di Kedah hingga ke kampung isterinya di Johor seterusnya kampung ibunya di Kelantan.
Dia secara jujur bertanyakan kepada CCZ apakah pendapat serta pandangan CCZ serta kehidupan CCZ apabila Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Satu soalan yang bagi CCZ adalah sebuah pertanyaan ingin meneka CCZ dari pihak mana. Samaada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.
Dan secara tersusunnya, CCZ katakan Kedah apabila di bawah pemerintahan PAS, keadaan semakin teruk dan tidak langsung membangun. Namun kata CCZ lagi, pembangunan serta sebarang kesan tidak dirasai kebanyakan penduduk kerana apabila tiadanya anjakan paradigma dari semua segi pentadbiran di Kedah bermakna pengekalan pentadbiran BN selama 50 tahun inilah yang berjalan. Tiada sebarang perubahan. Atau dengan kata lain, jika Kerajaan PAS tak buat apa-apa, bermakna rakyat menjalani kehidupan sebiasanya juga tidak akan rasa apa-apa. Maju tidak, mundur pun tidak. Sebabnya tak buat apa-apa.
Pemandu muda terbabit mengatakan bahawa sokonganya kini adalah kepada pembangkang dan majoriti penduduk di Kuala Lumpur membenci Kerajaan kerana tak tahan dengan sara hidup di Kuala Lumpur.
Tidak menepis tetapi sekadar melontarkan persoalan.
1) Bandingkan ibu kota Jakarta, Bangkok atau mana-mana ibu kota di negara-negara seluruh dunia. Adakah kos sara hidup mereka rendah berbanding luar bandar mahupun kota yang bukannya ibu kota?
2) Pilihan kita menyebabkan kita terpaksa bersedia menanggung apa-apa juga risiko misalnya kita memilih tinggal di bandar dan bukannya di kampung yang jauh lebih tenang, sara hidup yang rendah dan purata migrain di kalangan anak-anak mudanya tinggi.
3) Dan adakah jika pembangkang mentadbir negara, masalah kita di ibu kota akan dapat terus berubah seperti yang kita mahu? Sedangkan Kerajaan manapun berdepan dengan semua masyarakat baik peniaga, pemborong, peruncit, pemandu teksi serta isi rumah seluruh kota. Adakah boleh dikawal aktiviti pada hari ini ke arah yang lebih baik? Seingat CCZ, setiap kali menjengah Kuala Lumpur, ada sahaja binaan jalanraya oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan serta ratusan bas-bas yang disediakan untuk para rakyatnya.
Adakah semua ini masih tidak dapat dinilai dan masih ingin dikritik?
Bahasa yang lebih mudah secara lembut adalah kita mengajar diri kita sendiri untuk bersyukur dan mudah-mudahan perkataan yang kita tujukan kepada diri kita turut mengajak mereka untuk bersyukur.
p/s : Manusia..sedangkan hidup ini penuh dengan segala yang percuma dari Allah, masih juga kita lalai untuk mensyukuri nikmatnya..apa pula kepada Kerajaan yang pemimpinnya terdiri dari manusia-manusia yang ada baik dan ada lemahnya..Sampai bila pun kita tak akan bersyukur mungkin...


3 comments:
Aku juga pemandu teksi 33. betul apa yang dikata. Duta kecil ini sudah semakin parah membangkang kerajaan. Stiap kali jumpa atau berbual sesama itu sajalah jadi bahan kudapan. politik.. politik.. Bayangkan kalau bersama passenger?
Teringat cara Sanusi Junid melihat arus politik negara melihat pada pemandu teksi, tukang gunting dan peniaga kedai kopi? Tapi sekarang pemandu teksi ni semakin parah teruk berbanding 2 lagi yang banyak diam je.
Harap ambil perhatian perkara jangan ada layanan yang buruk spt zaman Badawi dan Nazri dulu. Seperti Najib rosak tentera dan pesaranya. jangan pula Hisham rosakkan polis pula.
Sebagai seorang pemandu teksi dan blogger yang dah kurang aktif aku hanya mampu tunggu dan lihat, dah macam tak daya.
Berapa ramai setpol pak2 menteri naik taxi sekadar pura2 jadi pink panthers..untuk mencari rahsia kekuatan parti yang kita dokong??
Padahal sama..naik kereta sendiri supir juga yang pandu..naik taxi pun supir juga yang pandu..bukan pandu sendiri pun..cuma bezanya supir sendiri pandai simpan tahsia, sementara supir taxi bercerita tentang kebenaran.
Dan adakah jika pembangkang mentadbir negara, masalah kita di ibu kota akan dapat terus berubah seperti yang kita mahu? Sedangkan Kerajaan manapun berdepan dengan semua masyarakat baik peniaga, pemborong, peruncit, pemandu teksi serta isi rumah seluruh kota. Adakah boleh dikawal aktiviti pada hari ini ke arah yang lebih baik?
Tak dinafikan soal itu,British dahulu pun buat pembanggunan, tetapi mereka merompak hasil tanah melayu seperti bijih timah,apa bezanya sekarang,petronas tidak diaudit,rakyat tidak tahu apa yg dibelanjakan.Rasuah dan penyelewengan kuasa.Itu yg menyebabkan majoriti rakyat marah......malaysia hanya perlu 4billion utk beri pendidikan percuma sampai peringkat U,itu pun mereka tak sanggup buat utk meringankan beban rakyat.....
satu lagi kita tgk banyak pembanggunan disudut material,jalanraya,jambatan,bangunan yg hebat,itu semua hanya modus operadi utk mendapatkan kontrak dan mengkayakan sesetengah pihak dan bukanlah niat suci utk kebaikan rakyat.Akhirnya rakyat yg akan tanggung semua itu.......Tol,kenaikan bil,6%cukai barangan dan lain2......
tak tanya ker pemandu teksi tuu,teksi sendiri ker atau sewa pada syarikat,sebab memang kerajaan cukup susah nak beri permit teksi pada individu.......
Post a Comment