BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 24, 2011

Seksinya Suara Parpukari...

Seronok layan Parpukari bercakap..Sama naik dengan baca blog dia...

Monday, November 21, 2011

Harimau Muda Menang!!

Sekarang tengah setia menonton Harimau Muda melawan Garuda..Pintu gol Malaysia selalu saja dibolosi pemain Indonesia. Malaysia pula macam teragak-agak saja. Sekarang minit 115:49. Debaran dalam masa tambahan ini cukup terasa.

Dah...sepakan penalti yang akan menentukan pingat emas dan perak. CCZ teka Malaysia 5 Indonesia 4. Kalau betul kira sotong Paul tu dah boleh direbus makan. Come on Malaysia!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Bonai (I)- Bolos 1
Mahali (M) - Bolos 1
Gunawan (I) - Gagal Bolos
Fandi (M) - Bolos 1
Egi (I) - Bolos 1
Fakri (M) - Gagal Bolos
Abd Rahman (I) - Bolos 1
Fadhli (M) - Bolos 1
Ferdinand (I) - Gagal Bolos

debar nih...

Badrul (M) - Bolos

Yahoooo!!!!!!Malaysia Menang!!!!!

Bagaimana Mengatasi Terlampau Kepada Terkawal? Cuba Lakukan Kepada Anwar Dahulu Mungkin..

Perkara yang paling menarik apabila menjengah ke Kuala Lumpur adalah ketika menaiki teksi-teksi untuk ke tempat-tempat yang ingin ditujui. Bukannya kerana menikmati pemandangan tetapi mengambil peluang sepenuhnya menjadi wartawan yang tidak berbayar bertanyakan tentang politik, sosial mahupun ekonomi bagi seorang pemandu. 

Walaupun perjalanan mengambil masa sesingkat 10 minit. CCZ selalunya memulakan perbualan dengan bertanyakan tentang cuaca di Kuala Lumpur, mengaitkan kesibukan jalanraya serta kesesakan jalanraya yang begitu memenatkan. 

Dan selalunya pancingan sapaan CCZ pastinya membuahkan pelbagai hasil yang boleh dibukukan sekiranya CCZ rajin megumpulnya melalui penulisan.

3 'trip' perjalanan dari Pudu Central ke hotel kemudian seterusnya ke PWTC, CCZ dapati gambaran politik dari kaca mata mereka sangat-sangat jauh berbeza dengan apa yang kita rasa.

Sesuatu yang pahit, sokongan kepada pembangkang sangat ketara tidak kira tua atau muda. Alasan mereka adalah kerana faktor sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur.

Dan selalunya tugas CCZ tidak sahaja habis melalui coretan kisah dan luahan mereka mengapa Kerajaan BN dibenci tetapi seringkali terpaksa menyusun bicara sebaik mungkin meredakan luahan mereka dengan bertimbal balaskan mengajak mereka berfikir lebih jauh dari mengeluh.

CCZ berusia 33 tahun. CCZ menjadi penumpang kepada seorang pemandu teksi yang berusia 27 tahun. Beliau berasal dari Kedah dan dalam cerita riangnya mengenai kampung halaman adalah sawah padi serta perjalanan yang panjang dari rumah sanak saudara di Kedah hingga ke kampung isterinya di Johor seterusnya kampung ibunya di Kelantan.

Dia secara jujur bertanyakan kepada CCZ apakah pendapat serta pandangan CCZ serta kehidupan CCZ apabila Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Satu soalan yang bagi CCZ adalah sebuah pertanyaan ingin meneka CCZ dari pihak mana. Samaada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Dan secara tersusunnya, CCZ katakan Kedah apabila di bawah pemerintahan PAS, keadaan semakin teruk dan tidak langsung membangun. Namun kata CCZ lagi, pembangunan serta sebarang kesan tidak dirasai kebanyakan penduduk kerana apabila tiadanya anjakan paradigma dari semua segi pentadbiran di Kedah bermakna pengekalan pentadbiran BN selama 50 tahun inilah yang berjalan. Tiada sebarang perubahan. Atau dengan kata lain, jika Kerajaan PAS tak buat apa-apa, bermakna rakyat menjalani kehidupan sebiasanya juga tidak akan rasa apa-apa. Maju tidak, mundur pun tidak. Sebabnya tak buat apa-apa.

Pemandu muda terbabit mengatakan bahawa sokonganya kini adalah kepada pembangkang dan majoriti penduduk di Kuala Lumpur membenci Kerajaan kerana tak tahan dengan sara hidup di Kuala Lumpur.

Tidak menepis tetapi sekadar melontarkan persoalan.

1) Bandingkan ibu kota Jakarta, Bangkok atau mana-mana ibu kota di negara-negara seluruh dunia. Adakah kos sara hidup mereka rendah berbanding luar bandar mahupun kota yang bukannya ibu kota?

2) Pilihan kita menyebabkan kita terpaksa bersedia menanggung apa-apa juga risiko misalnya kita memilih tinggal di bandar dan bukannya di kampung yang jauh lebih tenang, sara hidup yang rendah dan purata migrain di kalangan anak-anak mudanya tinggi. 

3) Dan adakah jika pembangkang mentadbir negara, masalah kita di ibu kota akan dapat terus berubah seperti yang kita mahu? Sedangkan Kerajaan manapun berdepan dengan semua masyarakat baik peniaga, pemborong, peruncit, pemandu teksi serta isi rumah seluruh kota. Adakah boleh dikawal aktiviti pada hari ini ke arah yang lebih baik? Seingat CCZ, setiap kali menjengah Kuala Lumpur, ada sahaja binaan jalanraya oleh Kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan serta ratusan bas-bas yang disediakan untuk para rakyatnya.

Adakah semua ini masih tidak dapat dinilai dan masih ingin dikritik?

Bahasa yang lebih mudah secara lembut adalah kita mengajar diri kita sendiri untuk bersyukur dan mudah-mudahan perkataan yang kita tujukan kepada diri kita turut mengajak mereka untuk bersyukur.

p/s : Manusia..sedangkan hidup ini penuh dengan segala yang percuma dari Allah, masih juga kita lalai untuk mensyukuri nikmatnya..apa pula kepada Kerajaan yang pemimpinnya terdiri dari manusia-manusia yang ada baik dan ada lemahnya..Sampai bila pun kita tak akan bersyukur mungkin...

Sunday, November 20, 2011

Kasi Tukar Tajuk..

Pagi tadi berkebetulan dengan percutian singkat menghadiri majlis kenduri saudara di Kuala Lumpur (chewahhh!!!bercuti di Kuala Lumpur tu), CCZ berkesempatan menghadiri Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia.

Senada dengan cuaca di sebelah petang di Kuala Lumpur, CCZ turut mendung kerana tidak berapa sihat. Namun syukur alhamdulillah, CCZ dapat menyertai delegasi blogger Kedah ke PWTC. Bersama CCZ adalah panglima-panglima serta pendekar-pendekar hebat Kedah. Mejar Anuar, Pak Tuan Syed (Presiden PERKASA), Detguaq yang mempunyai nombor yang tak 'ong', si cantik jelita Mummy Rokiah yang bisa menggetarkan hati lelaki-lelaki di PWTC terutamanya Anwar Ibrahim kalau melihat Mummy.

Turut kelihatan dan sempat meluangkan masa berborak iaitu Duke of UMNO. Dari jauh CCZ mencuri-curi pandang saudara Dr Novandri yang kacak dan berkulit putih. Diperkenalkan kepada saudara Rafi Awang Kechik. Juga kacak tetapi oleh kerana nombor CCZ langsung tak terpilih sebagai nombor bertuah, maka tak naklah puji-puji sangat. 

Dalam hati mengelodak melihat secara dekat saudara Papagomo, Gerakan Anti PKR dan juga Parpukari yang terkenal dengan ke'comelan'nya.

Syukur juga kepada Ilahi kerana CCZ mendapat tempat di barisan hadapan sekali dalam konvensyen tersebut dan turut sempat merakamkan video pendek konvensyen dan gambar-gambar yang meliputi 3 acara berbahas dan berkovensyen. Nanti kalau CCZ sudah ok dari keletihan, CCZ akan letak dalam blog SM.

Mendengar dengan penuh minat dan setia, dari ucapan moderator sehinggalah kepada ucapan YAB Perdana Menteri membuahkan banyak pemikiran segar membabitkan media sosial. Juga akan CCZ tulis di masa yang lain.

Dalam keriuhan para wartawan bersiap sedia menggalas peralatan kamera sehingga menutup wajah billboard konvesyen di mata CCZ, sempat juga CCZ melihat dari dekat Dr Chua Soi Lek, YB Kamalanathan dan juga Menteri KKLW. YB Datuk Shafie Afdal.

Ramai dengan peserta yang dianggarkan 1500 orang dan kalau dicampur dengan petugas-petugas sukarela hampir 1950 hadirin yang mengikuti konvensyen ini.

Bercampur baur pandangan, lontaran kritikan, cadangan serta luahan. Ada juga seakan ayam sabungan yang cuba mengajak lawan ke bertempur dan bagi CCZ, manisnya jika kita menjaga adab dan air muka di hadapan sekalian yang hadir. Itu sangat penting bagi menjaga muhibbah sesama kita.

Oleh kerana terkedu melihat gambar 'jelita' dan 'manisnya' CCZ dalam laman blog Mummy Rokiah, CCZ pun nak tulis lah juga sedikit sebanyak tentang pertemuan dalam kelompok kecil antara blogger di dalam konvesyen tersebut.

Detguaq sempat berbisik kepada CCZ tentang isu kurangnya blogger wanita walaupun bilangan pengundi wanita sama banyak dengan pengundi lelaki dan CCZ boleh mainkan isu ini untuk mengajak kaum CCZ turut sama berjuang dalam arena media sosial ini. CCZ kata padanya..TUNGGU...!!!!! InsyaAllah, nanti CCZ akan cuba beri pandangan yang tak seberapa ini.

Blog CCZ ni bisa mengundang geram pada pembaca kerana statusnya seringkali boleh dibaca dan kekadang tidak. Beginilah...Selagi CCZ masih 'single' macam ni lah. Jiwa tak tetap kata orang. Kena kacau sikit, CCZ lari. Kena 'ngorat' sikit, CCZ jauhkan diri. Hehehehehe..Ingat nak kena pasang 'bodyguard'lah..

Wednesday, November 9, 2011

Kekasih Awal Dan Akhir Anwar..

Kata orang, Anwar ini jika seorang yang tidak menyalahgunakan kelakiannya tentu sahaja layak benar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Setiap orang yang mengenali dia secara rapat diangkatnya dan diberi kedudukan serta pekerjaan yang bukan sedikit kecil. 

Seorang demi seorang lelaki-lelaki muda, tampan dan segak telah didedahkan bagaimana hubungan dengan Anwar bermula dan berlanjutan sehingga kini. Shamsul yang tak berapa tinggi saja yang mengalami nasib yang tidak baik kerana tidak berapa disayangi Anwar. 

Cuba kita singkap tengok ada tak yang bersikap baik hati dan begitu tulus mulus menjaga perhubungan atas dasar yang pelbagai seperti Anwar? 

Dalam perihal Anwar pada masa ini kelihatannya tiada yang bergelar terhutang budi, tergadai 'body'.

Ironinya, hanya seorang wanita dalam Hikayat Dua Lubang Dua Alam ini sahaja disebut-sebut menerima pelbagai kesenangan kerana mendampingi heronya. 

Siapakah yang layak bergelar heroin?

Kalau Cium Tangan Dato' Najib Berkali-Kali Tu Sahlah...

Hehehehehe..CCZ tabik 'springg' pada MIK. Tak payah cakap banyak dan tak payah susahkan jari menaip. Tengok sendiri, baca dan faham. Mana pedas? Cili padi ke, pedang tajam seorang blogger?

Klik Sini.

PAS Akan Serap Kakitangan Awam Yang Dikurangkan Oleh DAP?

DAP menyampaikan hasrat akan mengurangkan jumlah pekerja sektor awam jika diberi mandat memerintah negara pada PRU akan datang. Itu hasrat yang dikira agak sopanlah. yang sebenar-benar ayat ialah semua kakitangan awam akan dibuang dan diisi serta merta atas nama Malaysian Malaysia.

DAP buat satu pernyataan sahaja, undi kepada BN dari kalangan kaum bukan Melayu semakin berkurang. Sebabnya mudah. Berjaya mewujudkan kepuasan hanya melalui kata-kata sudah cukup mengembirakan hati yang sedang sakit hati.

Tak percaya DAP boleh kotakan apa yang dikata. Tanyalah Melayu Pulau Pinang.

Pada CCZ, cara terbaik nak balas kenyataan ini adalah Kerajaan sedia mengkaji semula untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam berdasarkan kepada tahap sebenar keupayaan menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan Kerajaan.

Sebabnya mudah. Jika kita melangkah ke Putrajaya dan berpuluh agensi yang cekap dan mengikut aras yang ditetapkan oleh Kerajaan, maka kita akan berkata bahawa DAP memang rasis. Tetapi pemantauan terhadap kakitangan awam yang tidak beribupejabat di Putrajaya itulah yang perlu dipertingkatkan.

Mengikut pemerhatian CCZ, sektor awamlah yang paling cekap kerana dengan hanya menggunakan I/C, pelbagai perkhidmatan dapat dijalankan sepenuhnya tanpa berdepan dengan masalah birokrasi.

Tetapi yang paling nak tergelak bila PAS sekali lagi setuju sahaja apa yang DAP kata. Padahal dalam sektor awamlah, dikhabarkan orang paling ramai pembangkang bekerja dengan kerajaan.

Jadi, pada CCZ..sokong sahajalah hasrat DAP tu. Bukankah kerajaan BN selama ini zalim? Muahahahahaha!

Anwar!!!!! Opssss!!!Mimpi Basah Sudah.....

Kalau macam ni punya cerita, klik sini dan sini..Anwar wajar digelar tokey ikan yang berjaya...

Perkaitan Umum Lelaki Dengan Perkataan Bogel..Insaflah!

Membelek surat-suratkhabar pagi ini, ada dua catatan yang membuatkan tangan CCZ gatal-gatal nak menaip. maklumlah..idea menulis ini kalau mogok, boleh sampai berminggu-minggu susun ayat pun tak ekna. Tetapi kalau ada idea, jari tangan bagaikan tak cukup nak menaip.

Dua catatan itu adalah tentang wanita. Pertama berkenaan ruangan pandangan seorang penulis jemputan Utusan Malaysia yang menyatakan beliau tertanya-tanya mengapa wanita Malaysia begitu mudah terpikat dengan Negro Man. Dan kedua, keganasan rumahtangga adalah yang menjadi faktor aduan dan penceraian di Perlis dengan pelakunya adalah lelaki. Bermakna nasib malang wanita Malaysia dibicarakan untuk kali kedua.

Bertuah CCZ kerana boleh memberikan pendapat sebagai seorang bujang dan juga seorang bekas isteri.

Pada catatan pertama, golongan wanita yang terpaut dengan lelaki berkulit hitam adalah yang berpendidikan tinggi, bujang, berkemampuan dan boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pertanyaan mengapa wanita Malaysia mudah terpikat dengan lelaki berbangsa Negro ini agak susah nak jawab.

Tetapi komen CCZ lebih kepada pendapat CCZ lah. Sebabnya lelaki Malaysia malas-malas dan tidak pernah mahu berusaha untuk menjadi lebih 'sofistikated' ataupun lebih macho dari segi gaya hidup. Lihat sahaja di pasaraya-pasaraya. Cara para lelaki menunggu isteri-isteri mereka ber'shopping' saja cukup menunjukkan mereka ini sangat-sangat membosankan.

Pernah lihat Man In Black lakonan Will Smith. Perhatikan gaya mereka. Kebanyakan lelaki berkulit hitam ini menggunakan kuasa pandangan mata iaitu dengan cara mengkuyukan anak mata dan kelopak mata disertakan senyuman. Itu sudah cukup menyejukkan hati panas seorang wanita. Belum lagi soal romantik.

Lelaki Malaysia harus berubah dan seharusnya terpukul kerana dulu, wanita-wanita cantik di Malaysia lebih sukakan jejaka-jejaka Lombok dan sekarang kepada lelaki-lelaki Negro yang sasa.

Di mana lelaki Malaysia? Banyak yang semakin merimaskan pandangan mata dengan fizikal yang mengeleber, yang lemah lembut mengalahkan Abang Jem dan yang tidak mahu berusaha meperbaiki kehidupan.

Kedua, faktor keganasan rumahtangga bilamana tak dapat nak sara anak bini dengan baik atas sebab kesempitan dan sebagainya, akhirnya isteri yang jadi mangsa.

Benarkah laporan ini mengatakan segalanya berpunca dari lelaki. Ini CCZ tak setuju. Api marak boleh disebabkan macam-macam. Kekadang dengan petrol kekadang dengan angin.

Mengambil iktibar dengan beberapa kes penceraian kawan-kawan iaitu berpunca daripada cemburu yang kuat dan sering melakukan keganasan pada suami iaitu termasuklah menyakiti dengan lidah dan juga dengan tangan, maka CCZ berpendapat, penceraian adalah bermula dengan kedua-dua belah pihak.

CCZ juga berpendapat keganasan rumahtangga tidak semestinya berpunca dari suami kerana atas ramai isteri di luar sana lebih garang dan lebih-lebih ganas.

Tetapi..Ya, ada tetapinya..Bagi CCZ juga tak salah kalau isteri ganas sebabnya memang perangai orang lelaki ni memang teruk. Kalau tak tegur tak jalanlah. Kasi cubit sikit paha biar lebam baru nak buat. Tak pun sebesen air liur isteri keluar untuk menyuruh suami melakukan sesuatu perkara belum mampu menggerakkan mereka.

Hehehehe..Pagi-pagi ini apa salahnya dengar pandangan ikhlas dari CCZ. Walaupun ramai di luar sana tak berapa setuju tapi inilah kebenarannya. Lelaki Malaysia nampaknya sedang mengalami gejala rendah kualiti kelakiannya.

Yang tinggi kualiti kelakian dan gaya hidup, perempuan yang lebih cekap dan cantik dah miliki. Jadinya nak buat apa lagi? Baik cari yang bernata kuyu yang menggoda dan dengar kata. Tak gitu saudara seperempuan CCZ..

p/s : Nak cari calon suami yang baik, CCZ nasihat carilah dalam parti PR. Sebabnya PKR dan PAS menunjukkan bahawa mereka ini pasti akan menurut kata dan tidak ada pendirian. Bentak sikit, balik raya selalu rumah kita lah..Muahahahahaha...

Tuesday, November 8, 2011

Hollywood Terlepas Pandang Lelaki Malaysia Untuk Watak James Bond 007


Siapalah yang pi pasang 'billboard' ni? Kopi Jantan mesti meletup! Apapun, tak payahlah sampai nak senaraikan kejayaan PAS tadbir Kedah. Buruk benar yang ditampilkan. Bukan setakat indah khabar dari rupa. Buruk khabar dengan rupa sama naik. Bukan wajah Ostat Azizan tu buruk. CCZ tak kata k..Ustaz Azizan 'hensem' pa..padanlah jadi model iklan. 

Bogelnya Seorang Perempuan, Cicak Pun Boleh Jatuh Dari Siling..



Yang dinamakan perempuan..Akalnya 1!! Seronoknya para lelaki. Ada 'show free' macam ni. Gambar ni CCZ cedok dalam blog-blog yang baru sahaja meletup isu aksi berbogel tanda sokong program Seksualiti Merdeka. Ada komen yang menyatakan bahawa stesen radio tersebut di Filipina tetapi ada yang kata di dalam Malaysia. Tapi pada CCZ, samalah seperti ayat pertama. Kenapalah orang perempuan saja yang mesti membogel dan dibogelkan? 

Psst : Dua kali jam omega hilang pun tak ada masalah kot...Hehehehehe..Klik untuk maklumat lanjut.

Walaupun Papa Sejenis Mama, Papa Sayang Dan Cinta Mama..

Facebook Seksualiti Merdeka walaupun hanya untuk ahlinya sahaja tetapi penyenaraian ahli-ahlinya masih boleh dijengah dan dibaca satu persatu pandangan mereka mengapa mereka menyokong program tersebut.

Dunia hari ini memang memelikkan. Masakan tidak. Pembaca akan dapat mengenal mereka-mereka yang mengaku terang-terangan bahawa mereka adalag gay dan tidak terkecuali yang mengaku itu adalah Melayu dan beragama Islam.

Kemudian teruskan saja pelayaran facebook sehingga kepada laman-laman yang menyanjung Pengkid dan kumpulan-kumpulan yang senada dengan Seksualiti Merdeka. Dan pastinya kejutan yang terlebih sensasi bila membaca dan percintaan anak-anak gadis dengan pengkid. Gambar-gambar mereka berkucupan, bermesraan waima di atas katil serta panggilan 'Papa Mama' melebihi panggilan-panggilan manja pasangan normal.

Cuba berfikir mencari bagaimanakah ingin membendung budaya songsang yang benar-benar parah dan kritikal ini. 

Jika dari sudut politik, apakah pendapat parti PAS? Parti PAS memperjuangkan Islam dan sudah tentu sangat-sangat menentang budaya songsang ini tetapi akhir-akhir ini PAS menyokong sepenuhnya personaliti yang semakin terang-terangan songsang. Walaupun ada yang bangun menentang tetapi seperti tidak senada pendirian.

Anwar dilaporkan menyokong penganjuran tersebut. Bukan sesuatu yang luar biasa malah sudah diduga. Pendirian Anwar mungkin sudah semestinya pendirian PKR. Langsung tidak berbunyi mereka samaada menyokong kenyataan Anwar atau turut berang dengan program yang membawa mesej perhbungan sejenis adalah perkara normal malah wajar dikembangkan.

UMNO? Sejujurnya memang UMNO yang paling lantang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang percubaan yang mampu membawa kerosakan kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Tetapi sejujurnya juga, isu ini juga nampaknya hanya seperti paluan kompang dipalu dan dipulang paluan bagi menggegak gempita sedangkan perkara ini sudah biasa wal basi.

Kerana warna-warna baju merah jambu juga banyak sudah yang dipakai oleh gadis-gadis berambut pendek dan bergaya seakan-akan lelaki. 

Melayu kini diancam kendirinya dari dalam. Semakin lama semakin rosak. Dan cara virus itu bertindak bukan dengan mendatangkan sakit tetapi nikmat atas nama kesenangan, keselesaan. Tiada cara lain tetapi pulang kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Gejala sosiallah yang sepatutnya diletak dihadapan kerana generasi-generasi muda Malaysia semakin minoriti yang sihat minda, fizikal dan mental. Wallahu'alam. 

Mat Sabu Curang Dengan Normah?

Marina Mahathir sokong penganjuran Seksualiti Bebas. Sekali baca memang agak pelik. Dua kali baca, lagi pelik. Tiga kali baca, baiklah CCZ tunggu sebarang komen daripada ahli keluarga Marina yang lain. 

Mungkinkah sebab kita terlampau baik atau simpati terhadap rakan-rakan yang punyai keinginan yang luar tabii dan kita memahami perasaan dan cabaran mereka menyebabkan kita menafikan hati kecil kita bahawa perhubungan sejenis adalah salah dan tidak normal. 

Benar seperti kata sesetengah rakan-rakan yang lain. Haram tetap haram. Dan kalau Marina berpendapat seksualiti merdeka harus dibenarkan, bagi CCZ tidak timbul anak siapa yang bercakap. Salah tetap salah. Haram tetap haram. 

Hari ini sedang Tun Mahathir ada, Marina tampil menyatakan sokongan terhadap sesuatu yang memelikkan. Lalu ramai yang tertanya-tanya dan simpati kepada Tun. Mungkin jika Tun tiada lagi, orang akan mengenang sesiapa jua yang dekat dengan Tun tetapi agak pelik adalah sesuatu yang tidak perlu diperbahas malah diambil peduli. Mungkin!

Tetapi sebelum itu, kita layan dululah yang CCZ petik dari blog GAP..Bro GAP, cedok sikit ye....TQ.

Monday, November 7, 2011

Tips Nak Glamour Cepat - CARI PASAL DENGAN BLOGGER

Sesaja mencari berita  dan membaca. CCZ menulis pun seperti biasa. Ada mood rajin. Ada mood malas. Ada mood marah dan ada mood tenang. Mungkin kerana berasakan ramai lagi kengkawan blogger yang 'back up' dalam pertahankan UMNO.

Sedang membaca dan cuba tumpang sekembang dalam isu yang paling hangat. Kasihan blogger. Dulu digelar Perasan. Sekarang digelar Pelacur.Wah! Makin hebat status yang bernama 'blogger'. Bagi CCZ beginilah. 'Orang Mengata Sebab Ada Bisa'. Bermakna, kalau ada orang bertindak balas mengeluarkan pelbagai perkataan yang tak molek tu mesti tergugat dengan blogger pada masa ini. 

Bagi CCZ senang saja. Kalau sebut nama agensi yang dikatakan punyai pegawai yang menempelak blogger sebagai pelacur, rasanya penerangan mereka berbanding penulisan blogger, 'sorry to say' bahawa penulisan blogger lebih diminati. Mungkin kerana bebas dan mungkin juga kerana ada pro dan kontranya.

CCZ tak terasa? Alaaa..Peduli apa CCZ. Lagipun CCZ bukannya selalu berblog nih. Dengan perangai CCZ yang selalu 'aktif' kemudian 'tak aktif' boleh mem'bankrup'kan majikan yang bayar CCZ untuk tulis. Buang masa jer. 

Tapi musyhkillah gak. Yang pi guna perkataan cantik tu buat hapa? Gunalah tampan ke atau segak ke atau 'handsome' ka? Barulah blogger wanita tak terasa. Ini guna cantik. Sekali baca macam tuju pada blogger wanita jer. Ada pasai kot?

Pssst : Dah tahu blogger semuanya 'kahaq-kahaq' yang hang pi jolok sarang tebuan tu buat apa? CCZ tumpang simpati ler pada yang menggelarkan blogger sikit punya Canteeekkkkkk tu...Hehehehehe

SM CCZ..Perhatian Ye...Kalau Marah, Tanggungjawab Sendiri Ye...

Salam Aidiladha..Oppss!!! Jangan marah lagi..CCZ tahulah ramai pembaca tak puas hati dengan CCZ. Sekejap blog ni 'unactived' sekejap 'actived'. Bukan sengajalah tetapi..

Kerna terpaksa
Aku rela sendiri
Kerna terpaksa
Aku pun menangis..

Huhuhuhuhu..Sedih tau..

Bukan bukan bukan..CCZ masih 'single'. Jadi tak timbul kena tinggal dengan sesiapa..Jadinya tak perlulah gossip-gossip kata CCZ itu ini..Tak baik tau gossip-gossip.

Tak apalah..Andaikan saja blog CCZ ni ala-ala 007. James Bond gitu...Kiranya blog CCZ ni bila terhidu PRU13, maka muncullah. Heroin lah katakan..Hehehehehe..

So..Tak apalah. Macam biasa..Kasi warming up dululah..Mari kita senaman ala-ala Abang Jem gitu.

Ok ye...CCZ nak cari berita sat..K

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers