About Me

Orang lain tidak akan menyelamatkan orang Melayu. Melayu mesti menyelamatkan Melayu. Aku juga Melayu dan aku tak sanggup melihat Melayu aku jadi me-layu..

Saturday, January 7, 2012

10 Tahun Lagi Mereka Akan Berkata...'Jangan Tanya Kami Pasal Anwar'

Kalau Dr Novandri bekas mahasiswa, CCZ pun bekas mahasiswa jugak. Tetapi dalam video ni, terfikir jugak..Adakah mereka-mereka yang bersoal jawab menghentam pihak polis sebagai menyalahgunakan kuasa ini bakal guru-guru di Malaysia?

Ya Allah..Selamatkanlah masa depan anak aku dari mempunyai guru-guru yang berotak singkat dan punyai mata dan telinga yang sebelah ini.

Masa depan generasi anak-anak kita nampaknya semakin gelap. 'Come on guys..Kalau pencuri masuk rumah kemudain merompak, tuan rumah pukul pencuri, tuan rumah bersalah ker? Mana keadilannya? Pelajar mewujudkan provokasi tetapi bila polis bertindak, dikatakan polis ganas. Pelajar pegang lesen bebaskah?

CCZ menjadi mahasiswa sewaktu Anwar ditangkap. tahun 1997 sehingga 2000. Keadaan yang begitu kritikal. Tetapi sehingga ke tarikh ini, rakan-rakan yang pernah cium gambar Anwar Ibrahim sampai hamis gambar, dan gambar Tun yang dikoyak sampai tinggal serpihan bukan sahaja malu bila ditanya pandangan mereka tentang Anwar, malah ada yang pinta untuk jangan ungkitkan lagi.

Sebabnya MALU! Dan CCZ juga malu melihat mahasiswa pada hari ini. Masih mengikut emosi daripada menggunakan minggu belajar dan peperiksaan dengan sebaiknya hanya untuk individu yang sama.


0 comments:

Post a Comment

Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..

Blog Archive