About Me

Orang lain tidak akan menyelamatkan orang Melayu. Melayu mesti menyelamatkan Melayu. Aku juga Melayu dan aku tak sanggup melihat Melayu aku jadi me-layu..

Saturday, January 7, 2012

Anwar Bakal Ditendang Bontot Oleh Penggantinya..

Anwar kata dia akan tetap jadi PM walaupun dalam penjara. Ini ayat kala Anwar tengah tinggi syahwatnya dalam semua perkara. Tak pun angin meroyan dalam naluri songsangnya datang.

Impian Anwar yang dulunya diperkatakan orang bahawa kepingin menjadi orang nombor satu negara ternyata benar. Hari ini Anwar menyatakannya secara terang-terangan.

Apa yang diajar oleh Anwar ialah untuk mendapatkan kuasa, anda boleh melakukan apa saja. Anwar ingin menjadi PM dengan mensasarkan 100,000 penyokong. Hari ini di Malaysia, rakyatnya melebihi 24 juta penduduk dan adakah dengan adanya sokongan 100,000 orang ini maka Anwar mendabik dada mengatakan dia layak menjadi Perdana Menteri?

Pelbagai video serta gambar telah keluar yang mana tak ada punyalah insan yan menyerupai Anwar 100% yang dikatakannya sebanyak 3 orang itu adalah pelakunya. Anwar masih tega menegakkan benang yang basah.

Apa nak dimalukan walaupun susuk badannya telanjang bulat disiarkan berbulan-bulan malah masih ada di laman-laman video di internet. Kalau orang lain dah lama terjun lombong dah tapi Anwar tetap bereaksi dengan mudah iaitu itu bukan dia. Di situ saja kita boleh ukur siapakah Anwar. Dia akan lakukan apa saja mengikut kehendak akalnya.

Tetapi manusia bukannya Tuhan. Manusia hanya merancang. Yang menentukan adalah Allah SWT. 

Buatlah apa saja sekalipun walaupun sehingga mengeluarkan pernyataan yang paling bodoh iaitu Anwar yakin dia akan dibebaskan dari penjara sekiranya PR berjaya menwaskan BN.

Lim Kit Siang, Hj Hadi Awang atau sesiapa jua malah Azmin Ali nak lepaskan peluang menjadi Perdana Menteri hanya untuk Anwar Ibrahim? Mereka pun sekian lama berjuang kemudian nak lepaskan hanya untuk Anwar?

Hahahahahahahaha..Jangan bermimpilah Anwar..Kalau sekarang pun Anwar boleh buat apa saja demi kuasa, adakah orang lain tak boleh buat?

Jika ditentukan Anwar bersalah dan dihantar ke Sungai Buluh maka ucapan dari rakyat mungkin adalah.."Tata dan selamat menjadi Perdana Menteri untuk diri sendiri.."


0 comments:

Post a Comment

Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..

Blog Archive