BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 4, 2012

Anwar Dah Tak Ada Idea Lain Dah...

Assalamua'laikum..

Rasanya salam yang CCZ hulurkan ini boleh menghilangkan kebosanan pembaca kerana asyik hilang saja. Sebenarnya CCZ bukannya malas nak mencoret tentang politik tetapi kerana sibuk dengan kerja-kerja yang menimbun.

9 Januari 2012. Satu tarikh yang telah dipilih bersamaan tarikh keputusan Anwar Ibrahim. Ironinya..yang kalut sangat nak buat perhimpunan membebaskan 'Imam Mahdi' kepada Badrul Amin ni apahal? Dah memang yakin Anwar akan dipenjarakan atas ke'gagal'an mencari yang normalkah atau kerana masih bebal menyatakan kospirasi politik akan berlaku?

Seolah menjadi satu strategi yang bisa diramal oleh pihak yang ingin mewujudkan segala perhimpunan untuk Raja Putar Alam ini dengan mengadakan dan seterusnya memperkatakan bahawa pihak polis Malaysia adalah kejam dan jahat beberapa hari sebelum perhimpunan diadakan.

Tujuannya mudah saja. Ingatkah pembaca tentang gelagat seorang penyokong PR yang pura-pura mati akibat kekejaman polis pada perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu?

Dan beberapa lagi aksi seksi Anwar sehingga terlantar akibat kekasaran polis?

Juga aksi Superman Mat Sabun yang melanggar benteng jalan tetapi dituduhnya polis melanggarnya?

Jadinya...Senang sajakan..

Skrip

Pengarah

Dan...

ACTION!

Akhirnya..PDRM Malaysia akan dicalarkan imejnya..

p/s : Sekilas ikan di air, Anu itu tahu yang mana ikan jantan dan yang mana ikan jantan....

0 comments:

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers