Sepagi menemani si kecil CCZ ke taman permainan agak memenatkan kerana selain menjadi tukang buai buaian, sikit-sikit CCZ buatlah pergerakan senaman ala-ala atlit profesional. Nak buat lebih-lebih, tunduk ke bawah, pakai selipar daa...
Dari buaian berpindah ke buaian. Datang sepasang kanak-kanak perempuan yang turut sama ingin bermain buaian. Sangat comel kedua-duanya. Si kakak memakai subang yang agak besar manakala si adik bermata bulat yang sangat cantik.
Si adik terlebih dahulu sampai ke buaian. CCZ sambil menghayun buaian anak sambil memandang kelakuan mereka.
"Woi bab&!, bagilah aku naik!"
Masyallah..Terbeliak mata CCZ.
"Haram betul buaian ni. Macam apa lagi."
Lagi terbeliak mata CCZ. CCZ memandang wajah si kakak yang menuturkan kata-kata kesat tersebut. Si adik memandang CCZ dengan pandangan yang tiada rasa.
Sayang...Wajah keduanya sangat-sangat comel tetapi bahasa yang dikeluarkan sangat-sangat bagi CCZ memang tak elok untuk dituturkan.
Teringat CCZ pada kata-kata seorang pemimpin tertinggi PAS..Mencarut dibolehkan.
Hmmm...Kedah Sejahtera betullah..
p/s : Manifesto PAS PRU12 dulu ada tak budak-budak dibenarkan mencarut?

0 comments:
Post a Comment
Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..