BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 6, 2012

Depa Dok Bising Nuh..100,000 Ekor Lembu Bakal Membanjiri Jalanraya..Betulkah?

Sebenarnya kalau hendak diikut kata para penyokong pembangkang yang berkata media arus perdana banyak sekali menunjukkan seolah-olah rakyat benar-benar puas hati dan sokong Kerajaan yang ada pada hari ini mungkin ada betulnya jika kita benar-benar memakai topi mereka.

Namun bila difikiri secara tertib dan tenang, maka rasionalnya lebih banyak bersetuju bahawa media arus perdana memberi laporan yang menggalakkan rakyat untuk terus berusaha mengekalkan kemakmuran negara dan bersopan.

Sebabnya mudah. 

Melalui Berita Perdana TV1, laporan tentang pihak polis tidak akan menghalang sebarang perhimpunan setelah lebih 2 jam bersemuka dengan Azmin Ali. Boleh dikatakan Polis sangat-sangat bertoleransi dan atas nama demokrasi, pembangkang masih dilayan seperti anak emas walaupun lebih sangat berkelakuan anak derhaka.

CCZ pun ok saja mendengar berita tersebut kerana membacanya terlebih dahulu melalui blog-blog yang tersenarai di tepi blog CCZ. 

Kemudian, ada pula temubual dengan orang ramai yang kesemuanya membantah perhimpunan ini. Pelbagai alasan yang sangat-sangat munasabah diperdengarkan antaranya hari Isnin adalah hari bekerja, jangan pentingkan individu melebihi kepentingan masyarakat, pihak Polis akan lebih menghadapi masalah walaupun pihak penganjur menjamin tiada kekecohan dan pelbagai lagi.

Makanya marilah kita sama-sama bersetuju bahawa perhimpunan 901 yang ingin diadakan ini bukanlah satu perhimpunan yang bermanfaat. Sangat-sangat merugikan terutamanya warga Kuala Lumpur. Tolonglah kasihan pada pengguna-pengguna jalanraya. 

CCZ rasa beginilah. Apa kata syarikat-syarikat yang dan organisasi yang pernah mengalami kerugian akibat segala bentuk perhimpunan yang dianjurkan pembangkang ini menyenaraikan bentuk dan jumlah kerugian pada perhimpunan yang akan datang ini dan serahkan kepada polis untuk diserahkan kepada Azmin. PKR kan parti yang kaya raya. Takkan ada masalah punya nak bayar kerugian akibat pekerja-pekerja yang terlewat serta pelbagai lagi aktiviti yang terjejas akibat perhimpunan ini.

Persemukaan seharusnya membabitkan 3 pihak. Pihak penganjur, pihak penentang serta pihak Polis yang boleh dinamakan pihak pendamai. Kalau selalu sangat pembangkang diberi kebebasan untuk mengadakan apa saja bentuk program mereka yang lebih banyak menimbulkan kesulitan dan keresahan kepada rakyat, pihak yang lebih banyak berdiam diri yang jauh lebih besar bilangannya pasti akan sakit hati. 

Memang boleh nak himpun 300,000 yang tak suka perhimpunan 901 diteruskan malahan rasanya angka 3 juta pun tak mustahil tetapi rata-ratanya lebih mengutamakan kebaikan dan manfaat bersama dari kepuasan hati. Perhimpunan itu sama ertikah sebagai melancong atau bercuti bersama keluarga? 

Apapun, terima kasih juga kepada media arus perdana kerana akal CCZ dapat dicambahkan lagi dengan kesemua alasan-alasan yang munasabah dari mereka-mereka yang ditemuramah.

Adakah media arus perdana berat sebelah?

Rasanya biarlah berat sebelah pun dari menyiarkan produk-produk beracun yang boleh mengakibatkan masyarakat berpenyakit dan bermasalah. Setuju?

2 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

salam, mohon pautkan blog sy disini, tq
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

CCZ said...

Salam..CCZ dah listkan dah..Tq..

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers