About Me

Orang lain tidak akan menyelamatkan orang Melayu. Melayu mesti menyelamatkan Melayu. Aku juga Melayu dan aku tak sanggup melihat Melayu aku jadi me-layu..

Monday, January 9, 2012

Depa Saja Ada Bom Kot?

Sebenar-benarnya CCZ lagi sekali sudah menyahaktifkan blog Sanggul Melayu ini. Pertamanya faktor kerja, kedua faktor 'jangan selalu berbicara, kelak bosan orang membacanya. Ketiga, kerana berpendapat politik tidak sekencang selepas Anwar diberikan keputusan kesnya yang sudah tentu CCZ agak dipenjarakan. Bagi CCZ mungkin untuk PRU13 dengan tiadanya Anwar dalam gelanggang politik maka perang politik tentu saja seakan pola menurun bukit yang landai.

Seawal pukul 9.30 pagi ketika CCZ sedang menjalankan tugas yang agak berat tetapi secara harmoni, satu mese diterima. 'Anwar Bebas'. 

Tersentak! Wajah CCZ berubah serta merta. Dari manis menjadi lebih manis akibat berkerut-kerut muka memikirkan mengapa perlu mamat ini bebas?

Laman khalayak CCZ tinggalkan sebentar. Terus sahaja mendail nombor rakan-rakan yang boleh diyakini maklumat. Sah! mamat ni bebas!

 Punah! Habislah UMNO! (Walaupun bukan UMNO yang dakwa Anwar tetapi Saiful). Kenyataannya UMNO boleh saja memainkan dagu melihat Anwar bersilat melawan Saiful.

Setelah bergulung luahan kekecewaan, seribu pertanyaan, segunung kebimbangan, bertali arus perbincangan, berselang seli pendapat membuatkan CCZ seolah-olah bertukar semangat. Ibaratnya kalau CCZ boleh bertukar menjadi Superwoman atau Cat Woman kah atau apa-apa Super Heroin,  perkara pertama CCZ akan buat adalah aktifkan blog Sanggul Melayu.

Sebabnya satu..CCZ perlu berkata pada diri sendiri dan kepada orang lain bahawa keputusan Anwar bukanlah satu keputusan yang perlu kita fikirkan secara maksimum. Atau kata lain terlalu ambil berat.

Yang perlu dilakukan sekarang adalah semangat untuk berjuang bukan sahaja hilang tetapi berpuluh-puluh kali ganda datang menerpa.

Rupa-rupanya Anwar dibebaskan ini memberikan kesan yang cukup besar kepada dunia blogger terutamanya yang pro Kerajaan. 

Anwar bebas tetapi bukan bererti Anwar tak liwat! Itu kata kuncinya. 

Kerja blogger bertambah mendadak. UMNO dan BN perlu dibantu sepenuhnya untuk dimenangkan kerana hanya UMNO sahaja parti harapan orang Melayu. CCZ yakin kemampuan Datuk Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bukan di tangan Anwar Ibrahim yang sudah dibutakan kuasa. Juga bukan pada Haji Hadi Awang yang tak ada pendirian. Jauh sekali Nik Aziz yang sudah 'tue'...

Boleh berasa risau, berasa menyampah, marah dan pelik atau pelbagai rasa yang lain. Tetapi CCZ yakin semangat untuk kita terus berjuang di alam maya ini tidak akan terhakis malah makin menebal.

Come on! Anwar tetap harimau tapi dah jadi harimau tak ada gigi. Dia gigit kita pun, bukan luka pun tapi geli.

Jadinya, kepada rakan blogger..Jangan 'give up!' Tak ada maknanya nak 'give up'! Permainan dah masuk ke minit-minit yang menarik. Isi peluru berterabur nih. Ikan sedang banyak nih. Kutip peluru dan sauk ikan. Nanti kita kasi tembak dan bakar. 



p/s : Amacam! Boleh naikkan semangat tak? Muahahahaha...

2 comments:

  1. CCZ,

    Naik semangat??? Naik bulu roma ade lah.... Walaupun X ada gigi bukan maksud X merbahaya....

    Engkau berani ke? Pakai cawat besi depan belakang pun lom tentu selamat....

    ReplyDelete
  2. Korang tak mo give up. Aku pun tak mo give up meliwat. Syok woo meliwat!

    ReplyDelete

Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..

Blog Archive