Bila terbaca kenyataan pihak PDRM di mana perhimpunan bagi mendengar keputusan kes Anwar Ibrahim, sekaligus mengingatkan kata-kata kesal seorang rakan blogger tentang politik pada masa kini.
"Dalam UMNO tak ada siapa yang setanding Anwar Ibrahim. Walaupun sah-sah 'terpacak' layan pelacur tetapi masih boleh muncul di mahkamah dan boleh buat tak ada apa-apa."
"Kalau dalam UMNO ada macam ni, tentu UMNO tak akan tergugat."
"Ini tidak..Dalam Sidang DUN negeri pun hanya seorang yang berani bersuara menghentam pembangkang. Yang lain hanya diam sebab takut tembelang dan pekung dibuka. Padahal satu Kedah dah tengok bagaimana PAS perintah. Dengan balak habis ditebang, dengan keadaan jalan dan bangunan-bangunan terbiar. Itu pun masih tak boleh dihujahkan."
Terkadang terfikir akan kebenaran kata-kata rakan ini dan terkadang berasa mungkin UMNO lebih sesuai dengan imej bersih saja.
Apapun elok juga dalam UMNO tiada seperti Anwar kerana kalau ada, mungkin UMNO sudah lama lingkup dalam gah setanding Amerika Syarikat. Padahal dalaman kosong..
Dan sekarang walaupun Anwar tiada dalam UMNO, yang benar tetap benar. Yakni, UMNO benar-benar untuk orang Melayu dan hanya UMNO yang mampu memastikan Malaysia kekal makmur.
0 comments:
Post a Comment
Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..