Hari ini CCZ akan ajarkan kepada pembaca tentang satu simpulan bahasa orang Kedah bersekali dengan contohnya.
"Lapaq Ayaq"
Maksudnya : Sanggup buat apa saja untuk capai keinginan atau impian walaupun tindakan yang diambil sangat rendah moral atau tidak beretika.
Contohnya.
UMNO tak 'lapaq ayaq'.
Walaupun satu ketika dulu pengaruh Anwar sangat kuat dan punyai ramai pengikutnya tetapi apabila Tun Mahathir mendapati Anwar terjebak dengan aktiviti songsang, UMNO tak lapaq ayaq untuk terus pejamkan mata dan maafkan perbuatan Anwar kerana untuk menjadi pemimpin, seseorang itu perlulah tinggi moralnya dan berupaya melindungi rakyat di bawah pemerintahannya. Kalau Anwar menjadi Perdana Menteri juga, untuk jawatan budak kopi sahaja mungkin menghampiri angka 100. Untung nasib, bakal teman lelaki kita mungkin salah seorang darinya.
PAS 'lapaq ayaq'
Walaupun PAS parti yang melaungkan Islam diperjuangkan, apabila kegiatan gelap Anwar telah terdedah dengan pengakuan serta Sumpah Laknat oleh Saiful dan klip video seksnya tersebar, PAS masih sudi menerima Anwar. Malahan sudah ada bunyi yang langsung tidak menimbulkan keraguan malah diyakini iaitu Anwar dinasihatkan tidak bersumpah oleh pemimpin tertinggi PAS bagi membantu pengaruh Anwar tidak tergugat. Semuanya kerana Anwar adalah penasihat PKR dan Ketua Pembangkang. Kalau PAS tolak Anwar, PAS akan rugi sebab Anwar berupaya memastikan PR diterima rakyat dengan manifestonya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bukankah itu sangat terkutuk? Insaflah wahai PAS. Jangan lagi diperkudakan.
Tapi pesanan dari CCZ, kalau anak-anak kecil sebut 'Lapaq ayaq, maknanya mereka betul-betul dahagakan air. Perbetulkan bahasa mereka. Sebab anak-anak kecil tak reti nak bezakan istilah lapaq dan dahaga..
0 comments:
Post a Comment
Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..