About Me

Orang lain tidak akan menyelamatkan orang Melayu. Melayu mesti menyelamatkan Melayu. Aku juga Melayu dan aku tak sanggup melihat Melayu aku jadi me-layu..

Saturday, January 21, 2012

Isu Lapuk? Melayu Yang Semakin Lemah!

CCZ sedang membaca buku karya Dr Nordin Selat bertajuk Renungan..Begitu bersahaja tetapi sangat mendalam. Izinkan CCZ turunkan sedikit petikan yang begitu tajam untuk pembaca..

"Dari sudut psikologi belia ini diistilahkan sebagai 'Zaman Remaja''. ' Zaman Remaja' ialah zaman gelisah iaitu zaman peralihan dari peringkat kanak-kanak ke peringkat dewasa. Di peringkat ini, seseorang itu tidak tetap pendirian. Mereka menjadi sesuatu. Yang dicari itulah kerapkali tidak jelas.

Yang mereka cari banyak sekali. Mereka mencari identiti. Mereka mencari harga diri. Mereka mencari peranan dan kedudukan mereka dalam sejarah tanahair.

Dalam usaha ini kadang-kadang mereka kurang ajar. mereka bukan saja mahu mendengar kata-kata generasi lama tetapi mahu juga memperkatakan pada generasi lama samada apa yang mereka yang hendak wariskan itu baik dan punya makna.

Tegasnya di negara kita belia ialah kumpulan harapan dan kumpulan 'kontroversial'.

Oleh kerana kumpulan belia merupakan kumpulan harapan dan masa depan orang melayu ia menjadi sasaran musuh dan lawan.

Strategi musuh dan lawan senang sekali. Kalau hendak jahanamkan orang Melayu, jahanamkanlah belianya hari ini. Itu sebabnya kumpulan Melayu yang banyak sekali masalah hari ini adalah belia Melayu. Beberap masalah hari ini mahu tidak mahu MESTI dilihat sebagai strategi untuk melemah dan mematikan Melayu."

...

Jadinya, pada masa ini sosial di kalangan belia semakin meruncing. Tidak cukup di lapangan sosial, di lapangan akademik terutamanya di menara-menara gading, belia-belia Melayu dijadikan sasaran mereka.

Dan pada masa ini, belia Melayu semakin dibiasakan dengan menerima sesuatu yang luar tabii sebagai biasa.  Cara hidup songsang sedang diajar biasa untuk mereka.

Pada CCZ, benar! Melayu semakin dirosakkan. Malang lagi kerana generasi lama bukan selamanya kuat dan perlu selalu menegur dan mempertahankan serangan terhadap belia. 

Nasib generasi muda adalah di tangan belia sendiri.

Mukadimah biasa untuk memulakan perjuangan yang tidak pernah selesai. Blog ini tidak diaktifkan apabila CCZ 'out station'.

0 comments:

Post a Comment

Komen, komen jugak tapi bahasa tu jaga-jagalah..Kalau dah tulis, sendiri tanggung ye..

Blog Archive