BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 24, 2012

Malu Dengan UMNO?

Bismillah..

Cuba memahami perasaan sebenar setelah membaca sejarah-sejarah Melayu lama. Masih cuba juga menyusun ayat, membenihkan isi dan membawa bersama belayar di dalam lautan yang cukup luas yang sudah pasti tak mampu menandingi rasa hati dan gelodak jiwa bahawa perlu juga dititipkan. Mungkin mampu membantu nahkoda yang terpaksa membiarkan penerangan kerana arahan serta mengerakkan jurumudi adalah terpenting supaya tidak ada batu yang dirempuh. Tidak akan angin ribut mengaramkan kapal. Tugas nahkoda, kapal selamat, muatannya selamat. Kalau karam. Habis kesemuanya yang dibawa hanyut walaupun manusia masih bernyawa.

Dato' Najib seakan pernah berkata. UMNO perlu berubah kerana sekarang bukan masa UMNO melaung-laungkan jasa kerana zaman sekarang menuntut UMNO tidak perlu bersuara menyatakan ingatlah UMNO. Ingatlah satu ketika dulu UMNOlah yang memerdekakan negara.

Maaf Dato' Najib. CCZ tak setuju dengan yang ini. Dan CCZ rasa tak perlu malu untuk UMNO bangun dan berkata sejak dari mula tanah melayu dijajah sehingga kemerdekaan diperolehi, yang bertungkus lumus membebaskan Tanah Melayu dari penjajah adalah UMNO.

UMNO pada tahun 1946 sehingga 1957 sangat kuat. UMNO kuat kerana tidak ada perpecahan dalam bangsa Melayu.  Malah UMNO begitu kuat kerana pemusatan pemikirian serta semangat Melayu adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Sangat berat tugas UMNO. Adakah dalam sejarah terpampang bahawa PAS mahupun DAP mahupun PKR yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu?

Tak ada! Yang dibawa parti-parti ini adalah mewakili bukan keseluruhan rakyat. tetapi hanya mendokong atau menampung lubang-lubang yang tak berapa nak elok kambusannnya oleh UMNO.

Mengapa UMNO yang berjasa? Kerana Malayan Union ditentang oleh parti ini yang bukannya berdiri secara sendiri tetapi didokong oleh pemimpin-pemimpin yang diangkat rakyat tanpa bertanya dahulu, jika angkat kami angkat ni, kami dapat apa? Kami akan dapat duit tak? Kami akan dapat projek tak? Kami akan dapat pangkat tak?

Tak ada! Yang ada adalah semangat, sokongan malahan bantuan wang ringgit hasil gadaian emas dan tanah di mana pada ketika itu Tanah Melayu memang tanahair orang Melayu tetapi hasilnya adalah bukan Melayu yang punya.

Pada tahun 1939, berikut adalah kawasan getah di Tanah Melayu yang boleh ditoreh adalah 

1,883,250 ekar

Daripada jumlah ini,

75% dipunyai oleh orang Eropah
16% dipunyai oleh orang Cina
4% dipunyai oleh orang India
5% dipunyai oleh orang-orang Asia lain

manakala selebihnya kepunyaan orang-orang Melayu yang hanya mempunyai kebun-kebun getah kecil sahaja. 

Apabila negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, UMNO masih punyai tugas yang sangat-sangat berat dan lagi sekali orang Melayu bersatu kerana tugas itu adalah kemerdekaan mewariskan kepada UMNO  berupa kemiskinan orang Melayu di bumi Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, pada tahun 1921 sahaja bancian penduduk Tanah Melayu setelah mengambilkira Cina dan India adalah 

Melayu : 1,689,000
Cina     : 1,135,000
India    :  463,000
Eurasian : 25,600
Eropah : 13,900

Ini menunjukkan, bukan sahaja orang Melayu adalah termiskin malah perlu keluar dari masalah kemiskinan dengan menghadapi satu lagi faktor yang menjadi ancaman kepada orang Melayu iaitu jumlah populasi kaum lain yang menandingi jumlah orang Melayu di Tanah Melayu.

CCZ tak berniat nak wujudkan ketidaksenangan hati mana-mana pihak tetapi pada CCZ, jasa UMNO sangat besar dalam konteks mempertahankan sebuah negara sendiri. 

Dengan cabaran yang sangat hebat lain iaitu apabila strategi penjajah menyekat pelajaran kepada anak-anak Melayu di mana sekolah-sekolah Inggeris diwujudkan dengan berorientasikan sekolah beragama Kristian dan meletakkan yuran pengajian Bahasa Inggeris yang mahal. Tujuannya ialah mudah. Orang Melayu takkan bertolak ansur dalam soal agama. Jadinya orang Melayu takkan berminat untuk ke sekolah kerana sekolah yang disediakan adalah sekolah kristian.

Sudah tiga faktor CCZ letakkan di mana cabaran UMNO pada waktu itu cukup besar.

Bukan calang-calang pemerintahan yang diperlukan pada waktu itu untuk membawa bangsa Melayu ke hadapan. 

Sehingga 1970, purata sara hidup keluarga setiap bangsa adalah seperti berikut.

Melayu    : RM172 sebulan
Cina        : RM394 sebulan
India       : RM 304 sebulan
Lain-lain  : RM813 sebulan.

Adakah parti lain yang turut sama berjasa membawa Melayu kepada kedudukan sekarang?

Adakah UMNO tak wajar untuk diingati jasa-jasanya hanya kerana dikatakan ketinggalan zaman?

Adakah generasi Melayu pada masa ini tak mempunyai otak dan hati untuk menerima kenyataan bahawa UMNO berjasa?

CCZ percaya dengan apa yang CCZ fikir iaitu kekuatan UMNO dan orang Melayu pada masa dulu adalah bersatu dan di hadapan mereka punyai masalah membabitkan bangsa mereka.

Dan pada masa kini, CCZ nak bertanya, adakah kita berdepan lagi dengan masalah yang berat?

Tidak!

Kerana kita semua sudah senang dan tidak melihat apa-apa lagi ancaman di hadapan kita.

Benarkah kita sudah tidak ada ancaman?

Kemerdekaan sudah kita dapat.

Ekonomi kita sudah dikira stabil.

Kehidupan kita sudah semakin baik malah sekolah-sekolah kebangsaan, Universiti-universiti malah banyak lagi untuk anak Malaysia belajar ditubuhkan. Tetapi nak tanya. Jasa siapa? 

Jasa siapa?

Bukan mudah nak bawa sebuah negara yang satu ketika dulu memang milik orang Melayu tetapi orang Melayu pada ketika itu sangat-sangat lemah. Tapi hari ini kita hampir-hampir boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kamu lain sedangkan usia kemerdekaan kita masih belum sampai 1 abad.

Jasa siapa? Bukan hanya UMNO tetapi sudah tentu BN. BN yang dianggotai oleh parti-parti berbilang kaum yang bayangkan bukan senang untuk mencapai persetujuan bersama untuk bertolak ansur, rela korbankan beberapa hal yang sangat merobek dada dan rasa tetapi rela atas nama untuk dilihat oleh penjajah sebagai bersatu hati dan boleh mengembleng dan mentadbir bersama-sama dengan tidak menyisihkan mana-mana kaum.

Tapi hari ini adakah orang Melayu punyai masalah lebih besar dari yang dinyatakan di atas?

Semuanya sudah senang. Anak-anak kami sudah banyak yang masuk Universiti. Apa gunanya UMNO lagi. UMNO tak perlu lah nak dabik-dabik dada kata parti yang berjasa. Tak ada pun. Semua pemimpin UMNO makan duit rakyat. Buli rakyat. Zalim pada rakyat. MasyaAllah....Tak sanggup CCZ nak berkata seperti di atas. Walaupun CCZ bukan sesiapa dalam UMNO. UMNO memang tak bagi cek bernilai puluhan ribu ringgit pada CCZ kerana jadi ahli UMNO. UMNO tak beri CCZ sebuah astro percuma hanya kerana CCZ sokong UMNO.

Tetapi sejak CCZ kecil sampai besar, CCZ bersyukur kerana menjadi Islam dan Melayu di negara ini. Kalau pergi tuisyen tertinggal bas, masih ada basikal untuk dikayuh. Kalau basikal rosak, masih ada kaki untuk berjalan. Kalau hujan, ada payung. Kalau tak ada duit, mintak kat mak. Mak kerja dengan kerajaan. Cukup bulan dapat gaji tetapi hari ni duit gaji masuk pagi, petang dah habis bayar pelbagai lagi belanja yang tertangguh tetapi kehidupan sangat-sangat mencukupi. 

Syukur kerana berguru dengan guru Cina yang tak lokek memberi ilmu pelajaran yang penting. Juga kerana tak pernah lokek untuk memebri angpau ketika perayaan dan begitu berbesar hati menunggu CCZ datang ke kelas tusyen lewat sejam kerana basikal rosak. 

Ada kawan India yang sudi berkongsi cerita serta kaset-kaset Hindi untuk didengar bersama.

Tak ada kacau bilau. Tak ada peperangan.

Habis apa lagi? Pemimpin-pemimpin dari dahulu sehingga sekarang sudah melakukan yang terbaik dengan mewariskan sebuah negara yang cukup harmoni.

Dan dalam keadaan yang bersyukur, yang perlu difikirkan adalah apakah yang sedang menunggu di hadapan kita semua.

Kita kurang bersyukur dan malas untuk menerima hakikat parti yang kita benci ada jasanya. 

Berbalik kepada orang Melayu. Adalah lebih mengusarkan kita apabila air yang tenang di dalam sungai yang kita tahu, ayam seekor jatuh, hilang di dasarnya. 

Kita masih tak nampak apa yang sedang dicaturkan tetapi orang Melayu sedang cuba dilupakan kepada sejarah melalui kesenangan. Kesenangan bukanlah disini disuruh kita membenci tetapi kesenangan yang sengaja diwujudkan bagi menunjukkan Melayu takkan tercabar sampai bila-bila.

Cumanya agak khuatir. Apabila masalah besar itu melanda, orang Melayu sudah tak tahu nak guna panji-panji mana untuk membawa Melayu kembali kuat. 

Mungkin sekarang kita perlu mengenengahkan kembali idea kahwin campur.

Bukan kahwin lain bangsa tetapi PAS kahwin dengan UMNO. PKR jadi saksi sudahlah. Pastu pilih nak dok parti mana. PKR pun dah tak larat nak hidup. Kena ada ketetapan. Suka lelaki sebab kita perempuan. Suka perempuan sebab kita lelaki. Kalau suka sama-sama jantina, ingat agama, dosa dan neraka. 

Kesimpulannya, walaupun isi di atas agak berceramuk tetapi mesejnya jelas. Orang Melayu kuat apabila bersatu dan berdepan dengan masalah besar dalam bangsanya. Tetapi bila senang ditambah dengan berpecah atas nama politik, nampaknya kita kena berjaga-jaga untuk ancaman yang boleh meledak dan menampakkan kekejaman yang sebenar. Kerana bila kita leka, kita takkan tahu bahawa musuh sudah mengepung dari semua arah. 

Bila jadi macam tu, mungkin ada seseorang akan boleh bantu kita dengan memberikan sehelai seluar dalam untuk setiap seorang. Kerana bila pakai seluar di luar, kita sudah boleh jadi Ultaraman dan ultrawoman. Boleh terbang. Hanya seorang yang boleh bantu untuk kita menjadi seperti superhero ini. Siapa dia? Ya betul. Anwar Ibrahim.

4 comments:

LavENDer Wind said...

tulisan yang chanteq sahabat lama ... : ) sanggul melayu yang masih bisa..kagum : )

apa khabar kamu? siapa tahu tahun ini mungkin kamu calon PRU ...

for me, UMNO sangat tenat, jangan terasa hati UMNO, kerna saya juga UMNO, tapi padangan ni teus dari hati..mungkin kamu CCZ dan mungkin aku ..dan mungkin 10 atau 100 yang lain boleh melihat jasa UMNO dan menerimanya dan bersyukur...tapi mungkin ada 10, mungkin 100 atau 1000 selbih lain itu yang mengecewakan UMNO yang dulu, perjuangan lama..kita terlalu kejar transformasi tap abai sejarah...mudah lupa kan?

umno sangat tenat kerana sebilangan 'org' yang sakit.. sayangkan... aku juga sayang umno.. dan aku melihat ia tenat, maafkan aku

namun esok PRU, no doubt aku akan pangkah warisan keramat negara ini juga dan berharap kita akan segera sihat ...

: )

CCZ said...

Salam Lavendar Wind yang terkadang menghilang dan datang juga seeprti bayu cinta yang mendamaikan..terkedu hamba membaca coretan balasmu. Ada sakit, ada bisa dan ada penawar..1000 itu yang ku takuti tetapi ku rasa transformasi akan laju berlari bersama sejarah yang telah tercipta..

Orang yang sakit, biarlah direhatkan..Gantikan dengan yang sihat. Mana mungkin diri yang tiada apa-apa ini menjadi calon. Biarkan calon-calon itu dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar layak. Tiada dengki malah ku berdoa semoga UMNO kembali jua sembuh..

Ku jua akan memangkah parti ini tetapi lihatlah dulu siapa calonnya...Hehehehehe

Mat albab said...

CCz hoi. parti umno pun dah tua sangat..layak dapat pencen.macam kuda tua juga.Yang tunggang pula tak paham kata kuda tua.

Bila tua macam-macam isu ada. kaki dan lutut sakit.jantung dah penat.mata kabur.telinga pekak.kepala rambut beruban dan botak.kulit pun kencur.mulut tanpa gigi hanya ada gusi.

Itu lah ibarat umno..rasuah masih banyak,jenayah banyak,agihan ekonomi kurang adil.ramai miskin dibandar dan desa.

Kroni diutamakan.pemimpin umno banyak yg tak bersih dan suci.

Eloklah melayu kena ada satu parti baru yg sesuai dgn masa dan zaman kini tetapi mempunyai semnagat melayu.

CCZ said...

Ya Mad Albab..seronok baca bahasa kamu..Kasihan orang-orang tua bila dengar penerangan kamu tentang mereka..

Warga emas itu selayaknya patut mati saja lah kot ye....Hehehehe..

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers