Alkisah..
Satu hari ibu CCZ baru pulang dari menghadiri perjumpaan untuk UMNO di tempat kamilah. Bisik ibu, "CCZ..tolonglah tulis dan naikkan kembali imej ____,"
" Buat apa? Lagipun orang tak mahu dia." bentak CCZ. (kira tak sampai tahap menderhakalah kot) "Lagipun, menang bukan dengan cara yang elok. Masih nak minta dikekalkan lagi kah?"
"Mak tahu itu. Tapi kesian kat dia. Pulun kerja sampai letih. Bila masa ucapan orang lain, mak tengok dia senyap. Ntah fikirkan apa lagi lah nak buat untuk menang hati orang." kata ibu.
"Biar dialah..Itulah..Masa nak menang tak ingat tentang halal haram. Tak ingat tentang bahana main duit. Sekarang bila nak letakkan diri sebagai orang yang boleh dilabelkan Calon..baru nak berpeluh nak menang hati orang cara kerja buat betul. Ingat semua orang bodoh ka?" leter CCZ.
"Lagipun saya berblog bukan untuk naikkan sapa-sapa. Tapi kalau nak bantu untuk mak bertanding, nak saya 'work it out' tak?" gurau CCZ..dah tahu dah...
"Aku budak ni nak kena penyepak dah!" hahahahahahahaha...Mana ibu setuju..
"Tak payahlah mak..Kalau mak kasihan kat dia, mak sokonglah dia. Saya tak nak kerana kasihan satu undi habis untuk orang yang dah nak terberak baru nak korek lubang.
Sekian...
p/s : Nak cari lubang nak berak senang je. Lubang atas jalan dari Kedah Utara sampai Selatan ada banyak.


0 comments:
Post a Comment