BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, March 1, 2012

Badrul Amin..Contoh Lelaki Unggul

Pujian di atas ketahanan mental dan fizikal gara-gara 2 penasihat wajar diberikan kepada Khalid Ibrahim selaku MB negeri Selangor.

Walaupun sejak 2008 PKR dilihat menanggung liabiliti yang maha besar dengan adanya isu membabitkan Penasihat Ekonominya, Anwar Ibrahim kali ini Penasihat Ugama MB Selangor pula menconteng arang ke wajahnya.

Tindakan sewajarnya yang boleh disyorkan kepada Khalid Ibrahim adalah melantik Penasihat Nafsu Batin di mana setiap penasihat Menteri Besar diwajibkan mengikuti kaunseling selama setahun bagi mengelakkan terjadinya perkara-perkara yang boleh merosakkan kepimpinan PKR.

Kes tangkapan basah ke atas Ustaz Badrul Amin telah mencalarkan parti PKR secara keseluruhannya dan dilihat membenarkan jolokan PKR sebagai Parti Ko*# Rakus oleh sesetengah orang.

Ehsan MB Khalid Ibrahim ke atas kedua Penasihatnya sehingga ke hari ini juga mencerminkan bahawa jika Khalid Ibrahim ada di dalam parti UMNO, beliaulah antara tokoh politik yang paling bertolak ansur, cekal dan 'sporting'.

Jika MB Kedah sedang berhadapan dengan krisis permainan politik berunsur tikam belakang, MB Selangor pula berdepan dengan krisis tikam depan dan belakang yang tak berkesudahan.

p/s : Sorang sokong LGBT sorang lagi pula memberi kaunseling peringkat jingga untuk krisis perkahwinan. Mudahkan penceraian dengan membenarkan diri dibelasah 20 manusia. Ini bukan penasihat lagi dah. Punahsihat!!!!!

2 comments:

Anonymous said...

ccz,
ni kira tahap PUNAISIHAT dah.mmg silap ostat bad dah salah pilih kawan.malang nuar dah melekat plak kat dia.

CCZ said...

Salam anon..hehehe..betul betul betul...tak terfikir CCZ tukar h jadi i...sihat....memang sihat...hehehehe..tq

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers