BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 1, 2012

Nizar Berperisaikan Gelaran YB..

Pada masa ini sebagai ahli UMNO, CCZ sangat-sangat berterima kasih kepada Nizar, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Kerana meringan kan kerja blogger tetapi bukan kerja parti UMNO.

Bukalah mulut banyak kali lagi Nizar. Tulislah lagi dalam twitter tu isu-isu yang mampu memberi impak mudah kepada PAS. Cukup mudah. Tulis bodoh, orang nampak PAS yang bodoh sebab pilih pemimpin bodoh.

Lagipun cerminan tak berapa pandai itu datang dari pemimpin yang paling suka mencipta kontroversi yang mempamerkan kedunguan yang tinggi.

Tak tahulah agaknya memang spesis pembangkang kalau nak buat ayat atau keluar ayat tu semuanya yang beri impak tahap pemikiran pemimpin mereka adalah 'low'.

Anwar berbeza sama sekali dengan Nizar tetapi kesan 'high' pemikirannya pulak beri kesan pada PR keseluruhannya. Terlalu moden, sofistikated sehingga lubang kentut pun 'no hal'.

Nik Aziz...hahahahahahaha...Nak tanyalah sikit..CCZ ni tertariklah dengan PAS sebab kalau bantu PAS buat lebuhraya buleh dapat pahala. UMNO buat dapat dosa, PAS buat dapat pahala. Hehehehehehehe..Pakat gelak sudahlah...Nak kata apa lagi dah..Orang ni bila dah tua dia jadi kanak-kanak baliklah...

UMNO makin selesalah. Dengar cerita bukan main yang nama-nama dihantar nak jadi calon tersenyum kembang kempis. Hehehehehehe..Jenuhlah Datuk Najib nak pilih. Yang hantar nama tu mesti hantar geng dia jer..Geng orang lain jangan letak nama, sebut nama pun telinga merah, hidung keluar asap...

Tapi tak apa...CCZ pun macam Tun..Tak suka individu tapi mesti vote parti. Tapi agak-agaklah letak calon ye..Jangan percaya sangatlah..Selalunya kalau PM datang, karpet merah dihampar untuk jalan. Cuba buat-buat selak dan tunduk tengok bawah karpet. Perghhh!!!Udang yang sepatut hidup kat air pun bertenggek berselindung di bawah karpet..

Waktu bercuti dah habis. CCZ datang sambung baliklah tugas..

Thursday, April 19, 2012

Blog Ini Direhatkan...

Makluman..CCZ akan rehatkan Sanggul Melayu sehingga 24hb Mei 2012. CCZ tak akan tutup blog bagi memberi peluang kepada pembaca membaca 'posting-posting' sejak dari tahun 2008 sehingga kini. CCZ ada kerja penting yang perlu diselesaikan. Apapun semoga BN akan dapat menakluki Kedah semula. InsyaAllah. Assalamua'laikum..

Tuesday, April 17, 2012

Semoga Cepat Sembuh Tun..Tun M Masuk Hospital


Tun Mahathir masuk hospital. Semoga Allah berikan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat Tun Mahathir. Semoga cepat sembuh Tun.

Monday, April 16, 2012

Kenapalah Melayu Ni Lemah Sangat?

Melayu juga yang ramai berdemo untuk mansuhkan PTPTN..Dah tak ada topik lain dah ke? Inilah yang dipanggil serumpun. Melayu Malaysia dengan Melayu di negara-negara lain lebih kuat untuk berdemonstrasi dari belajar. Bila belajar, malas. Kalau berniagam berdengki hang aku. Dalam kerja pun macam tu jugak. Lebih ramai yang suka selesa dari mendapatkan kepuasan dalam bekerja. 


Sama saja. Pemimpin negara susah-susah ke luar negara untuk jalinkan hubungan diplomatik, cari pelaburan, bina imej negara di bawah kepimpinan Melayu unggul tetapi yang bergelar cerdik pandai tetapi muda-muda ini sekejap saja mencalit dakwat peta Melayu Malaysia.

Apa nak dikato? Memang orang Melayu suka jadi tunggangan bangsa lain!

Snippet!

Orang kata PRU13 lagi 2 bulan..Tapi PRU untuk CCZ lagi 35 hari...Yuhuuuu...Ada sesiapa nak sponsor tiket berbulan madu? Hehehehehehe..

Pengakuan Eksklusif : CCZ Adalah Blogger Yang Dibayar

Hmmm. Musim ini musin blogger berperang dengan blogger kot. Hari tu perang tentang Aaron kali ni tentang bayaran dan sebagainya.

Pada CCZ beginilah...Kita berjuang biarlah ikhlas. Kalau kita ikhlas, kita tak akan rasa apa-apa bila bertembung dengan pelbagai kerenah blogger dan kita tahu samaada dia mewah kerana dibayar, menulis kerana dibayar atau disuruh dan sebagainya. Sebabnya, kalau seseorang blogger itu dibayar pun, bukan sesen pun boleh masuk pada kita. Biarlah..Kalau terima bayaran pun itu dah dikira rezeki dia.

Kalau kita ikhlas, kita tak akan pernah nak ambil peduli samada blogger lain dibayar atau tidak. Dalam hati mungkin terdetik tetapi ikhlas dalam perjuangan maka kita akan anggap semua perkara berkenaan dibayar atau tidak adalah kecil malah itu adalah hak masing-masinglah.

CCZ kenal juga hampir sebahagian besar blogger Kedah yang hebat-hebat. Dan CCZ simpati jika sahabat pena CCZ iaitu dari kalangan anggota Kedahtimes dianggap negatif, besar kepala, terima bayaran atau sebagainya kerana hakikat perjalanan kumpulan itu sebenar-benarnya langsung tidak ditaja oleh mana-mana orang melainkan duit poket mereka sendiri.  

CCZlah sebenarnya seorang blogger yang dibayar. Bayaran yang CCZ terima adalah apa yang CCZ rasai nikmat pemerintahan BN selama CCZ sedari kecil sehingga kini walaupun dalam pemerintahan BN masih banyak hiburan yang sangat-sangat perlu diminimumkan. Namun dari pelbagai sudut, kerajaan yang sedia ada walaupun pernah terpalit dengan kelemahan pemerintahan yang cukup menyedihkan tetapi Kerajaan BN masih dapat berkhidmat dan memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Tak perlu bayar kerana jasa UMNO besar. Jasa BN besar. Dah cukup besar. Kalau berbayar bukan lagi dipanggil perjuangan tetapi dipanggil makan gaji. Kita perlu buat, kita perlu tulis, dan kita perlu akur. Maka pada CCZ hilanglah nilai kepuasan dalam menulis.

Sebahagian besar blogger Kedah TIDAK DIBAYAR.  CCZ cukup sedih kerana CCZ dan beberapa yang lain masih setia menulis sedangkan pada perjumpaan blogger pertama selepas PRU12, ramai lagi pejuang-pejuang hebat dalam dunia blogger tetapi berhenti kerana tak mampu meneruskan perjuangan atas sebab masalah duit ringgit. Nak bayar bil internet, sibuk dan sebagainya tetapi mereka setia dan mereka tak pernah menuduh itu ini terhadap Kerajaan malah sesama sendiri.

Namun isu dibayar itu adalah masih boleh diterima tetapi jika isu dikatakan parti membayar sejumlah wang tetapi hasil tak nampak maka itulah satu isu ibarat bom atom pada blogger yang tidak dibayar.

CCZ yakin benar, jika sekumpulan blogger Kedah yang tidak dibayar ini dibayar untuk menjalankan sesuatu tugasan, UMNO akan mengaum satu negeri. Sebabnya sesen duit yang masuk itu akan diguna sepenuhnya untuk membayar balik kepada parti bukan kepada individu.

Sedangkan duit gaji digunakan untuk biayai sepenuhnya perjuangan di alam cyber ini dan hasilnya menyentap banyak pihak tambahlah kalau diberi untuk membantu parti.

Pada CCZ..ramai benar yang salah anggap kepada blogger Kedah. Blogger pakatan boleh lah..Dapat banyak peruntukan. Blogger pro Kerajaan belum tentu. Sebab itu UMNO kuat. 10 pejuang berbayar akan terimbang dengan 10 pejuang tak dibayar. Kesannya..Imbanglah..mana UMNO nak roboh!

p/s : Apapun..Tengok sana! PRU13, itu yang penting. Kedah mesti ditawan semula oleh BN. Bukan UMNO sahaja tetapi BN! CCZ tak sokong individu tetapi CCZ sokong UMNO dan CCZ sokong BN!

Saturday, April 14, 2012

Anwar - Agresif Kerana Tahu Dirinya Sudah Ditolak



Lupa pulak nak tanya penganjur samaada LGBT boleh turut serta.. 

CCZ rasa sebahagian besar termasuk CCZ hanya nak tunggu pilihanraya saja sebab perangai pembangkang semakin keterlaluan dalam meraih sokongan rakyat.

Tak apa..Semakin mereka berhasrat untuk buat apa-apa demonstrasi, bukan sedikit yang dah celik mata siapa Anwar dan sebilangan pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan Yahudi. 

Pada CCZ, MCA dan DAP kebanyakan pemimpinnya adalah datang dari Persatuan-persatuan perniagaan orang-orang Cina. Mereka lebih ke arah menjaga kepentingan kaum mereka begitu juga MIC dan sebagainya. 

Tetapi PKR, seperti yang telah dibongkarkan oleh salah seorang bekas EXCO Pemuda bahawa parti itu ditaja oleh Yahudi, tak tahulah mereka berjuang untuk siapa?

Silap haribulan, semua bangsa yang ada di Malaysia termasuk Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina dan India diketepikan. Yang bakal perintah adalah mereka-mereka yang mengagung-agungkan Barat yang sudah tentu tiada apa lagi yang mereka pertahankan waima budaya dan sebagainya kerana terlalu bebas.

Jika hari ini kita masing-masing nak menjaga kepentingan bangsa, lepas ini jangan disebut bangsa lagi. Yahudi nak bagi muka sangat?

Melayu waktu tu ada kat mana kalau Yahudi dah berjaya menguasai Malaysia? Cuba beritahu? Kebanyakan Melayu seperti Anwar Ibrahim dan anak-anaknya sudah kaya raya. Mereka boleh ke mana saja mereka suka di dalam dunia ini. Kita? Tepuk dada tanya diri...Fikirlah sendiri.

Siapa itu..?

Blog Archive

Followers